BEN ASHAARI

Wednesday, March 9, 2011

LEMAK PEDAS AYAM DENGAN BUNGA TURI

P1260175
Salam tengah hari, sibuk ni hari, nak masukkan N3 pun macam tak sempat, tapi ok lahh on9 tepi dapur kan jadi sambil2 tu boleh masukkan N3. Hari ni masak biasa2 je. Semalam jalan ke blog Puan Nani Rostam, dia buat N3 pasal daun turi di sini...Mat terus teragak pulak nak memasak bunga turi, tapi kali ni nak campur dalam masak lemak cili padi ayam...erkk, dehaka ke, haha, biasa lah mat gebu kann...trademark aku derhaka resipi. Anda kenal Nani Rostam ni siapa?..nak tau pi blog dia baca betul2..nanti tau sapa dia okey.. Hari ni ada keje menunggu lagi, petang ni tak boleh janji ada N3 ke tak...ok semua kita lihat resipi yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ketul ayam, cuci bersih dan toskan
30 kuntum bunga turi, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
700ml santan cair
250 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
2 keping hirisan halia
1 inci isi cekur
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam, serai dan bahan kisar halus dalam periuk, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair dan biar mendidih, masuk asam gelugor.
  2. Masak hingga ayanm masak. Masukkan bunga turi, gaul rata dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula @ serbuk perasa. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

15 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

pak cik mat! ada 2 permintaan terus dari hati saye yang kudus ^^

1) pak cik matt! bila nak buat resepi pasal tempe lagi??

2) pak cik mat! nak resepi gulai ikan pedas lagi sedap! laki masa depan saye sukaa!

meleleehhhhh~

EnY YuSniZaR said...

Salam abg mat...
bunga turi tu apa ye....

Sunah Mohammad said...

ni yang gi cari serai tadi ek? hahaha~ lapar pulak...T_T

Mama Hanim II said...

seb baik dh lunch ni CMG. dpt trus gi kedai.

(Gambar) Geng Wanita Hamil Curi 308 Tin Susu Di Jln Gambang Kuantan Pahang



(Gambar) Benjy Lafaz Talak, Rujuk 13 Jam Kemudian

Ibu Mifzal Arsyad said...

yummy..bestnya..

Lieynanilaz said...

yummy sedapnyaaa tengok ayam tuu...bunga turi tu yg macam daun kari ke??

Watie Rose said...

nasib baik tak mengandung cik mat, lau tak dimana sy nak cekih daun turi tuh....hik3

miss lolly a.k.a luvfareda said...

meleleh krohh krohhh

kakchik@ella said...

tak penah mkn bunga turi cik mat. apakah rasanya? eh .. bagaimanakah rasanya?? hihi ..

Mat Gebu said...

@ kak chik - rasa dia manis2...sedap, tu macam puan nani rostam masak, serius, rasa ni sedap..

Ruziawati Bukhari said...

falling in love menatap blog mat gebu ni.. sangat2 memberi inspirasi.. keep it up! good job!

rossalle said...

Cik mat akak derhaka kan tukar dengan umbut lengkuas boleh gitu

Ummi said...

Mat, akak pun x penah masak dan makan bunga turi..daun turi/geti ni penah la wat masak lemak gitu...hehe, sedap eks bunga dia...batang dia leh wat apa Mat? kot lah leh sagat2 mcm ubi..hahahhahaha

penaGlow said...

cekur tu cmne abg mat?
kt foto tu yg berjalur tu apa eak?

aeinio said...

askm mat.. cemana rupa bunga turi tu ek mat? sorilaa sbb tak pernah tengok.. huhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.