BEN ASHAARI

Thursday, March 24, 2011

KUCHAI GORENG TELUR.....RESIPI KAK JEE..

P1260620
Cakkk....haha, tau tak ni lauk mat makan tadi, ishh sedap, makan dengan nasi panas, sambal tumis dan ulam lagi bawang + kicap...Ini resipi simple dari blog Kak Jee..atau Fauziah Abdul Samad, alahh bekas wartawan tuu, hebat tau dia di dapur, selain hebat menulis juga. Resipi senang ni perlukan 5 bahan sahaja dan seeloknya masak dan hidangkan terus masa makan, jangan biar sejuk, nanti tak menyengat...kannn kak jee..ok mat tulis resipi dia, untuk resipi asal boleh klik sini...terima kasih kak jeee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kuchai, dibersihkan, cuci, keringkan dan kerat2
2 biji telur
4 ulas bawang bawang putih, diketuk
Sos ikan secukupnya
Sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan kuchai tadi dan gaul sebati. Renjiskan sedikit sos ikan, kemudian sedikit serbuk perasa.
  2. Tolak kuchai ke tepi kuali, pecah kan telur, biar mengeras sedikit dan gaul bersama2 kuchai tadi, tapi jangan kacau ganas2, nanti telur hancur.
  3. Bila nampak ok, rasa dan jika elok rasanya, boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...

5 comments:

Fizalinolie said...

Wah! sedap nyer.. kalau kat sarawak kita slalu wat kuchai goreng telur.. Sodappp... Terliuq tengok. Nak beli kuchai gak la lps ni =)

erienz said...

simple dan nmpak sedap...

logorithm said...

Hari tuh I gi shopping ngan mak kat Tesco Seremban. Barulah I tau bahawa 'kuchai' nih sebenarnya nama sayur! Dalam bahasa Kantonis disebut 'kow choy'. :-)

akubersamaCahya said...

sedappp!!! huhuu dok hostel gini tak leh nak masak..waaaaaaaaaaa

noorcahaya said...

kucai sekarang dah bau sgtlah... kenape ek... kosonggg je bau jek...