BEN ASHAARI

Sunday, March 6, 2011

IKAN GELAMA MASAK TAUCHO....

P1260099
Selamat petang, menu ringkas jee, yang biasa2..Anda pun bijak dah memasaknya. Mat pun masak atas permintaan saja. Ini ikan gelama, feberet ayahanda dan tu hari dia suruh masak sambal tumis, tapi ni kali suruh masak taucho pulak, hmm, masak dia pun senang dan mudah, tak banyak karenah, kira cepat lah. Selain ikan gelama, ikan tongkol, ikan kembong dan ikan tenggiri juga sedap dimasak macam ni, kalau makan dengan bubur nasi pun sedap...sesuai tekak baru nak baik demam...(^_*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan gelama saiz sederhana, siang, cuci dan kelar sedikit)*
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 1/2 cama besar taucho
1 biji bawang besar, dihiris
4 biji cili hijau, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci belacan + 2 camca besar air, larutkan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu, mat tak letak garam)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan gelama digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu, masukkan taucho dan tumis hingga harum.
  2. Tambah air dan jus asam jawa, bila mendidih, masukkan ikan gaul rata dan tambah sedikit gula dan asam gelugor. Masak hingga pekat, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan...

9 comments:

man yusoef said...

taucho klu kena gayanye...mmg sedap...i like..haha...biasa mak masak kacang botor with toucho...i like!!

fara dean said...

emm..sedappnya cik mat...
berkeroncong perut melihat ikan gelama mak ilai..ilai..

yna fazlyna said...

rindu ikan gelama masin masak lemak cili api... fuhh sedap gila. balik jb nak suh mak buat lah..huhu

alamanda said...

mat, lauk ko harini buat akak lebih sedih...
feveret akak ni... tp yg mak akak masak.
skang die dah tak larat dah nak masak masak.
teringinnye nak makan lauk ni....
huhuhuhuhu.

maz said...

jmpa lgi dialam maya ni cmat..hehee..kmaz xleh nk byang la rupe ikan gelama ni mcm mna..sbb yg thu ikan gelama kering tu je..msti cdp tu kan greng garing2pastu tuang kuah tauchu plak..laporrr cmat oiii...

kakchik@ella said...

menu kak chik utk sntapan anakanda tengahari semlm cik mat tp kita buat ikan kerapu.

kakchik@ella said...

menu kak chik utk sntapan anakanda tengahari semlm cik mat tp kita buat ikan kerapu.

logorithm said...

Teringat pulak lagu Ikan Kekek, tapi remix version nyanyian Sandii Suzuki. Yup... penyanyi Jepun. ;-)

logorithm said...

Oh... boleh tengok kat Youtube:

---> http://www.youtube.com/watch?v=2ENFWSF-10k

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.