BEN ASHAARI

Friday, March 25, 2011

BUN SEKAM BERMADU....ร่วมบุญรำ - ภรรยา

P1260678
Salam semua..waaa N3 last malam ni, ngantuk kan main mata..nak tidurrr jee, tapi boleh ke caya, tah2 sampai jam 2-3 pagi kang terkebil2. Petang tadi mat saja try menderhaka pada satu resipi roti ni, aku jadikan ianya bun yang lebih sihat...kononnyaaa lahh, tapi kalau fikir2 ada logiknya juga, sebab apa, gula halus mat ganti dengan gula perang, lepas tu campur pulak whole-wheat flour, lepas tu campur pulak madu...mentega mat ganti dengan vegetable shortening, kira ok lah kann... Nampak biasa2 jee, tapi rasa dia sedap, dan lembut, ni mat guna tepung gandum biasa je, bukan tepung berprotein tinggi. Dan mat tak guna BreadMaker, tapi guna mixer...kalau nak guna tangan pun ok juga...

P1260687
Menghasilkan 10 biji bun macam dalam gambar, bila mat potong dan sapu jem, dah seakan2 english scone pulak kan...hehe, tak pe lah, tapi memang ada rasa kerotiannya..yang tu masih kekal. Sedap dimakan bersama jem, mentega dan disajikan bersama kopi panas atau lemon tea..memang sesuai sekali. Makan macam tu pun sedap..tu mat rasalah, orang lain tatau lah kan. Anda dah baca tip berblog dari jiran mat?..Kalau belum, klik sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung gandum
50 gram tepung berserat (whole-wheat flour)
55 gram gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca besar susu tepung
1 camca besar madu
1/2 camca teh bread improver
30 gram lemak sayur (shortening)
2 camca besar instant yeast
70 ml air suam
30 gram telur (kacau 1 biji telur, kemudian timbang)
Sedikit lagi air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, bancuh instant yeast dengan air suam dan 1/2 camca teh gula perang (dari 55 gram gula tadi) kacau rata dan biar 3-4 minit hingga bancuhan berbuih.
  2. Sementara itu, satukan semua bahan di atas kecuali air yang. Putar rata, gunakan dough hook untuk proses ini. Tuang no. 1 perlahan dan terus memutar hingga bersatu, jika kelihatan berderai, sudu kan sedikit air sambil diputar perlahan hingga mendapat doh yang lembut.
  3. Bulat2kan dan tutup mangkuk adunan dengan plastik cling atau kitchen towel yang bersih, Biar 45 minit atau 1 jam hingga naik sekali ganda. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap.
  4. Bagi kepada 10 bahagian sama besar, ambik satu dan bentukkan bulat, susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, buat hingga siap. Biar 45 minit lagi hingga naik. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hinga peerang.
  5. Sejukkan roti dan boleh dihidangkan bersama jem kegemaran atau dimakan begitu sahaja..

9 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...igt padi jek bersekam....bun pun bersekam gak eh...macam2 la ko Mat..hehehhee

Izamir Ridzwan said...

abg mat.. try gantikan dgn jem roselle.. sedappppppp

Miss Ran said...

sifu mat..member kate knp letak blubery je....hahaha bsg die ni..cm terer msk=P

syafika_harmiza said...

nampak mcm sedap lahh.. kalu letak kaya sedap x???

akuanakpahang said...

Salam CMG, kalau ada ayat BERMADU tu tentu best punya :)
New Entry "Tiada nafsu kat lelaki kerana kucing :("

Diana @ Melley Mey said...

terliur tgk bun yg dah d sapu ngan jam tu... :)

~...AmALinA....~ said...

oh pakcik mattt~ bun tu cambest jek..tgh lapa nih..adesss

Watie Rose said...

cik mat nak tanya...sy pernahlah buat donut tp kenapa yis sy tak mau berbuih bila dicampur ngan air suam...apakah air terlampau panas atau yis itu expired atau sy tersilap teknik..tlg jawab yer cik mat kat blog sy sbb sy teringin sgt nak buat roti sendiri...tq

ss said...

jenguk2 blog mat gebu peh tu follow resepi...tk payah pening kepala fikir nak masak apa...TERIMA KASIH MAT GEBU....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.