BEN ASHAARI

Thursday, March 17, 2011

AYAM GORENG REMPAH MADU...

ayam
Salam semua, dah nak tidur ke, hmm malam ni kalau ikut kan tak de N3 tapi, saja letak satu resipi yang lepas2 punya masa gathering tu hari, mat pinjan pic dari blog sue joshua lagi..hmm, terima kasih sue. Ini ayam goreng rempah madu yang mat sajikan dengan nasi ayam tempoh hari. Senang je, tapi kan sebab nak cepat, mat dah siap2 rebus ayam tu 1/2 masak, lepas tu baru lumur dengan rempah madu dan perap semalaman, esok nya goreng sekejap bagi bahagian luar kelihatan garing. Jangan goreng lama2 nanti keras. Mat goreng dalam saiz yang besar dan lepas tu baru mat kerat2. Ok lah mata pun ngantuk dah ni, mat tulis resipi dia sebelum mat gebu masuk beradu....hmmmm...(mat letak resipi untuk 1 ekor ayam, tu hari mat buat untuk 6 ekor ayam)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kerat 4 bahagian, buang kulit*
1 biji lemon, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*diperap 20 minit, cuci dan toskan)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa
2-3 camca besar tepung beras

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
3 camca besar santan pekat (atau susu sejat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam direbus selama 15 minit. Tos dan sejukkan, stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti. Ayam tadi letak dalam satu bekas.
  2. Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam, lumur rata dan tambah garam secukup rasa. Perap semalam 12 jam dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tabur tepung beras pada ayam tadi., gaul rata dan goreng hingga ayam masak dan bahagian luar kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz yang anda kehendaki, boleh hidangkan bersama nasi ayam, sambal, dan supnya....

15 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

SAYA LAPARRRRRRRRRRRRRRRR LA!!

Dawa said...

sedapnya. nak kena try ni. nnt saya bg resepi ni kt wife utk masak. huhu

~S.H.A.I~ said...

nak cuba la...hr 2 cuba buat hangus..rupa2nya kena rebus dulu..=)

Ana Montana said...

rasa lapar secara tiba2..
hahahahaha..

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...ruginya akak x datang...sedap sekali nmpak ayam madu ko tuh...tp jgan sebut madu2 bila akak dtg dgn abang tau...ekekekee

PidaSanglang said...

sedapnyaaa..mesti try

oja_alia said...

SAYE NAK CUBE NANTI..=)

Mat Gebu said...

Ayam ni makan macam tu pun sedap...makan dengan sos...kalau nak bakar pun ok..

eelobor said...

sodap nyer......terliur nya kawan

mrsazrul said...

harus cube.. :)

Anna Qawina said...

CMG...nampak sedaap je..dah salin rsp..nak cuba buat...tengQ...

yatie's EPISODE said...

mak yati dulu slalu wat ayam goreng berempah madu. skg dah jarang. ni nak suruh wat lagi nihh. hehe

Nadiah said...

copy paste resipi ye...nak masak kat cameron la nnti...ngeh ngeh ngeh...tq

AngahSayang2314 said...

sedapnyerrrrrr..nak try lah nanti

Shaizhar said...

eh! x leh makan madu

nanti bermadu maduan pulak

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.