BEN ASHAARI

Tuesday, March 8, 2011

ASIAN TWIST SPAGHETTI OLIO..

P1260133
Assalammualaikum, salam penuh ceria dari mat gebu...siapa mat gebu tu?...Uikk, soalan cepu emas berlian segala..mat gebu tu manusia lahh yang biasa2...tak de yang luar biasa kecuali biasa sebiasa-biasanya. Cuma tang lemak mahal je aku lebih..hahaha...bess jugak merepek pepagi ni, boleh cass otak lemau nih. Pagi ni mat masak spaghetti olio tapi telah ku asian twist kan..haha, jangan terkejut, siap letak cili padi lagi. Alaa, biasa lah kan tekak melayu, kalau tak de pedas macam tak sah idup, biar nasi dengan sambal belacan pun tak pe, janji ada pedas. Lepas tu mat letak lah ayam sikit sebagai penambah zat dan perisa, kalau nak guna daging pun boleh tapi ayam lagi sedap kot. Ok jom semak resipi ni...kalau orang2 bujang pun sesuai gak masak resipi ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak spaghetti, mat guna egg spaghetti jenama TESCO
1 keping dada ayam, hiris dan perap dengan lada hitam, garam dan sedikit myk bijan
5 biji black olive, hiris
1 biji cili padi thai hijau, hiris halus
1 biji cili padi thai merah, hiris halus
1 biji tomato ranum, cincang halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
3 ulas bawang putih, cincang
Lada hitam secukupnya
1/2 camca teh herba Basil kering dalam botol
1 camca besar sos ikan
Hirisan cili padi merah/hijau untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan, tumis bawang holland, bawang putih, tomato dan cili padi hingga harum.
  2. Masukkan daging ayam, serbuk lada hitam dan herba basil, tuang sedikit air dan biar ayam masak. Tambah black olive dan spaghetti tadi, gaul rata. Tambah sos ikan dan gaul rata dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan cili padi merah/hijau...

7 comments:

Panglima Muda said...

makanan yang sedap sedap

dunia maiza said...

sedapnya..nak buat la esok hehe..

qaseh johanna said...

cik mat..

apesal cili padi tahi plak tu..hihi

sila ubah..cam pelik plak perkataan tu kat halaman cik mat.. =)

Mat Gebu said...

@ aqseh - terima kasihh..hahahahaha, siap gelak guling2 ni bacaaa...adehh typo tahap kritikal nihh..

kakchik@ella said...

sapa mat gebu? Blogger chef idaman malaya. hihi ..

sedap la spagethi tu. nak cuba lah nnti.

AngahSayang2314 said...

wahhh sedapnyer rasa meronta2 nak... nak try lah nanti

Cik Sue said...

sedappppp..nak banyak boleh tak abg mat gebu ku sayang???ha3... =D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.