BEN ASHAARI

Monday, March 14, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI & NENAS..

P1260227
Waaa salam sejahtera semua, hehe, baru sempat masukkan N3, lepas ni nak pi beli barang2 sikit. Esok mat nak masak untuk kenduri arwah abang. Hari ni masak yang biasa2 jeee, lauk ulang tayang. Asam pedas ikan pari degan nenas Sarawak..waa bila sebut Sarawak teringat mat pada sorang blogger student UTM Skudai. Sunnahh...aweks Sarawak yang cun tuu...erkk Ady Budika, batuk2 terusss aku sebut aweks diaa...hahaha. Asam pedas ni biasa bagi orang2 Johor, kadang2 pelik gak, hari2 melantak asam pedas pun masih boleh jalan lagi...bukan nak kata orang lain, keluarga mat pun sama, aku pun sama gak.....Hmm sebab no idea sangat mat tulis je resipi dia dulu...Dah tengok 1 tube tuu..amacam, comey tak suara pakcik mat, tu suara menten, kalau suara tak menten...mau gegak gempita..melayang ben ashaari semua....erkk..

BAHAN-BAHANNYANYA :-)
6 kepingan ikan pari jenis lembut, mat guna pari helang
1/2 biji nenas Sarawak, dihiris
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
10 biji tomato ceri
Air secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
15 biji lada hitam*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dicuci, gaul dengan garam dan jus limau kasturi selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Nenas dibuang empulur dan hiris serong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata. Masak sekejap.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, tambah ikan tadi, masak hingga ikan lembut. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

17 comments:

AdyBudika said...

hadoiiiiii..siap ada drama sebabak kannnnn??

Diari-Selebriti-Mama said...

Ya Allah abg mat...merembes-rembes air liur tengah-tengah hari ni oii..

KuNanGKuNanG said...

aduh....sedapnye....xtahn nengok asam pedas2......

Sunah Mohammad said...

hahaha~ yang suara tak menten tu saya da dengar...hahahahahaha!

by the way, saya pun suka asam pedas woooo...jatuh hati dengan asam pedas ni sejak duk serumah dengan geng2 johor...daun kesom tu siap tanam lagi...hehehe.

Mas said...

sedapnya asam pedas.....
mas suka hirupp kuah tu....besttt..

Miss Ran said...

due2 ni mcm tau2 name dsebut erkk lariuk

Tihara said...

kalau org pahang,
hari2 gulai tempoyak..
tak jemu juga

Kalamhati said...

pergghh!mengancam..hhuhu

(btw tahniah atas kemunculan pertama dlm 1tube!bravo Che Mat..dpt dgr sora che mat pun jd la)

Areef Ibn Naim said...

assalamu 'alaikum,

dah tgk dah video tu... dh berapa kali ulang dah... part yg paling best tu time last ckp byeeeee tu, hahaha...

Chempaka Aziz said...

sedapnya asam pedas.dh lama tk pekena cam ni.tgok gbr jelah.nk masak,tak ada kaki yg nk mkn...huhu

cherryblossomstory said...

che mat!!mggu lepas bru buat asam pedas berempah ikut resepi che mat..mmg meletops la,sbb slalu asam pedas utara simple ja..skali kena asam pdas johor ni mmg terkenang2..

roslaini saad said...

sedapnya....isykkkk rasa nak pi cari ikan pari pulak..nak masak..

airmataibu said...

che mat, adusss... masak asam pedas pari pulak, terus teringat kat mak kat JB... siap letak lada itam lagi... terangkat!!! dekat trganu ni susah nak jumpa ikan pari, klu ada pun pari tuka tak best nak buat asam pedas...
dah tengok 1tube, mmg layan ben dgn soalan2 panaaaassss... plg best, soalan cepu emas, "bila nak kawin"? che mat, klu tak record tu dah kena cepuk si ben tu betul tak?????

airmataibu said...

che mat klu x abis makan dgn nasi, cecah ngan roti pun jadi ni...

Huszaini said...

orang johor memang suka makan asam pedas laa! sama laa dengan aku!

eija said...

Assalamualaikum CNG saya minta izin salin resepi yer.hehe baru belajar masak katakan.mudah n simple...senang nak masak.TQ

eija said...

wah clap CMG.bukn CNG..sorry..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.