BEN ASHAARI

Thursday, February 17, 2011

TAUHU SOS CUKA.....PROMOT BLOG 2 - 8.

P1250714
Salam semua. aduh tak larat ni, macam nak pengsan., panass dan ishh segala2 nya lah rasa tak selesa. Hari ni, hari paling lemau mat gebu, rasa tak selesa, blurr dan ada kata dalam sudut hati yang paling dalam mudah tersentuh, sensetif...huh, dah kertu aku ni rupanyaaa..Arghh..tu semua tak bess..mat gebu tak suka macam tu. Petang tadi ke balai polis atas urusan rasmi. Yang lawak tu sempat cita pasal blog lagi...siap suruh sorang akak polis tu buat blog...hambik koo, si mat ni kalau datang mengong dia, memang susah weyyy...pasal urusan rasmi ke balai tu, biasalah mat simpan dulu...one fine day mat akan ceritakan yeaa... Ok nak promot blog pulak, kali ni tiba giliran blogger lelaki pulak...Kita lihat blog sapa lah ni..

Waaa...comey, ala2 riang ria kanak2 rabena laaa...Ini blogger muda dari SB, dengan nama Mohd Fitri Abdul Karim dari blog Gedung Rasa...mat rasa ni masih remaja agaknya..eh tatau lah, nak tau lebih anda kena lah usha2 sendiri di blog beliau di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
Sedikit garam dan lada hitam
4 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
2 -3 camca besar gula (ikut manis)*
Secubit garam*(*ditumbuk halus)
4 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan lada hitam serbuk. Perap kejap. Goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan berkulit. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel. Ketepikan.
  2. Bahan tumbuk halus disatukan bersama cuka makan, kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa masam, manis pedas dan sedikit masin. Jika pekat tambah sedikit air. Hidangkan bersama tauhu tadi...

13 comments:

gadisBunga said...

musim org lemau agaknya CMG...kite pun rasa lemau semacam ni...adey!

Mat Gebu said...

@ GB - huhu, tu lah...sini panas nyaaa...rasa muka semua jadi kemerahan termasuk tgn dan kaki..panassss!!

AdyBudika said...

apa pun take care mat...

pasal masakan nie..aku lebih suka kalo benda tu diganti dengan tempe..hehehe.

akuanakpahang said...

Salam CMG, tak brpa sihat elok le makan tauhu kasi sejuk badan sikit :)

Ciksue said...

sedapnyerr..peberet jgk nih..tauhu best..

y u y u Z u l a i k h a said...

SAYE SETUJU DENGAN ADY!!


TEMPEEE~!!!


HIDUP TEMPEEE!!


'melelehhhhh"

Sunah Mohammad said...

salam che mat...

nape ek?


nape....



nape...





nape saya rasa cite kat balai polis tu lagi menarik dari resepi ni sampai tergelak2?? hahahaha~ :p

cik pulau said...

tiba2 rasa macam tak sabar lak nak tunggu one fine day yang CMG nak citer pasal balai polis tu..
lalala~

^^,

Mohd Fitri said...

terima kasih kerana memilih saya. hehe. remaja? 23 tahun boleh dikira remaja lagi kan? bolehlah, hehehe

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Mat panas2 tu sedap kalau pekena puding dragon fruit. Dah buat semalam. Simpan kat peti ais. Balik kerja tadi terus sambar. Huiihhh nyaman sekali. Minta izin ye kopipes. tq..tq..tq

Pijahh' de-Arr said...

waaaaa..tokua' sedapnyaaa~~
yeaa..nnti nk cuba gakk

Izamir Ridzwan said...

ape beza tauhu dgn takua?

ceotgilalensa said...

ouh!!!
tauhu tu sangat sedap!!
tak tahan tengok. huhu.
tak sabar jugak nak tahu pasal kisah di balai polis. haha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.