BEN ASHAARI

Monday, February 21, 2011

SINGGANG IKAN DAUN SELASIH..PROMOT BLOG 2 - 20..AKHIR.

P1250809
Salam petang semua, panas cuaca ni hari, kali ni nak sahre satu masakan yang palinggg..palingg mat gebu suka teramat sangat, hari2 makan ni pun aku ok, cuma ada orang lain je pengsan tergolek kat meja makan, tengok lauk sama sepanjag minggu. Tu belum dengan lauk2 lain lagi yang sepesen. Singgang kali ni mat guna ikan feberet, apa lagi kalau bukan "Japanese Mackerel", masa pi Tesco Jumaat lepas, ada lah ikan ni, aku pun mengaut tak hengat...sekali timbang semua dalam RM 22 +...waaa, tak nampak dah harga tu, nampak ikan jeee...perghh tamak kann..Lepas ni nak buat sardine pulak guna ikan ni...Ok yea sebagai penutup promosi blog, mat letak 2 blog sekali gus, satu jejaka dan satu lagi "gadis"...ehem ehem...

Blog lelaki atau jejaka kali ni. Dia yang pertama tinggal kan link di wall post kat SB tadi, jadi secara auto jadi pilihab DTS-Mat Gebu...blog ni mat suka laa, sebab gambar dia cantik2...boleh geng dengan GB nihh (gadis bunga)...tak caya kata lawaa gambar2 dia..klil sini...mesti pengsann punya beb!!...dann yang terakhirr untuk sesi ini sorang gadis pulak...pangkat anak2 jee ni pada pakcik matt....

Kenal tak..kenal tak...huhh kalau tak kenal, sahhh pendek umur katanya...Ini lah miss lolly gadis blogger ter femes abad ini, mat kerap skodeng blog dia, tulisan dia kalakauu...serius, ada satu N3 tu memang pakcik mat tak bley lupa...n3 apa kah itu?..cuma aku dan miss lolly jee yang tau...pemsannnn!!...hahaha, ok jom lah singgah ke blog miss lolly di sini.... Maka dengan ini berakhir lah sesi promot blog siri -2, jika ada umur, dan kerajinan, kita sambung lagi nanti yeaa...salam sayang semua...moh semak resipi mudah nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan japanese mackerel, siang, kerat, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
1 genggam daun selasih
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 biji cili padi merah thai
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik, hingga harum. Tuang air secukupnya, dan masukkan asam gelugor. Masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, daun selasih dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi putih dan ulam-ulaman...

13 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

ni kena panggil abg mat gebu ke pakcik mat gebu ke adik mat gebu ni.. aduhai.. misteri nusantara betul..

Cik Mat.. Kalau kat kedah tak silap makcik kita bagitau masakan ni panggil piandang.. sedap hirup kuah dia sehingga menjilat siku la lagi2 tgk gambar cik mat upload.. meronta2 baby dalam perut. kekekekeke

Alexandriana Alia said...

eiii. ni pun kesukaan saya gak nihhh.. wallooooo.. nak.nak.!

Bizz said...

resepi best kalau nak berdiet..
mmg makan seminggu ..turun 10 kg hihih

Bizz said...

The Lekat Lekit.. org Kedah panggil masak Pindang. Kalau Asam pedas kedah pun tak tumis...cenggini gak main campak dan rebuih hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

CMG..ikan ni ikan kegemaran ye?selalu LM perasan CMG guna ikan ni.masakan cam ni sedap sbb tak bersantan ...LM suka.

dah dua sesi dah CMG promote blogger hebat.mesti diorang suka...

AdyBudika said...

nama ikan pun aku tak tau..pelik..errrr

LIZA said...

Saya memang suka ikan singgang ni...Biasanya org ganu jer makan ikan singgang...Arwah mak saya selalu buat tapi dengan ikan tongkol...memang best!!!!!

kakchik@ella said...

mkn dgn sambal belacan dn ikan masin sedap ni cik mat.

daun selasih tu camna rupa dia cik mat? kakchik tak penah tgk.

~nsar~ said...

salam.... nak tanya.... nama saintifik ikan kayu / tongkol = japanese mackerel ke? sbbnya seqopa sejibik ikan nya.... dah 2 seqopa gak ngan ikan tuna biru... sejibik gak... tp kalau singgang ni kat utara kami panggil masak pindang...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

mekaseh encik mat gebush !~



heheheheehehehehhehehehe (ketawa comel)

amier azrul alias said...

pergh meleleh tgk!
fuhh!

wei follower ke 6000! :p

Isteri Yang Comel said...

adeh saya klu nampak cik mat post masak singgang, balik umah terus nak amsak singgang... peberet nie....

kakmelor said...

akak gemor sangat singgang...daun selasih ni kat phg org kemagin kan....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.