BEN ASHAARI

Wednesday, February 16, 2011

SAVORY PUMPKIN PANCAKE....PROMOT BLOG 2 - 2

P1250670
Morning semua...amboi berseri2nyaa memasing, akak tuu...yang pakcik2 pun kan main segak bergaya...nak balik rumah bini no. 2 ke?..haha, sah kena boikot kang DTS. Pagi ni lagi satu resipi "labu", dah musim labu pulakkk, baru malam tadi N3 pengat labu pagi ni dah lempeng labu. Biasalah mat gebu kan jenis manfaat apa yang ada, selagi boleh...esok aku buat keledek nya lempeng pulak. Sebenarnya ini last batch baki labu. Jadi memang mat dah plan nak buat savory pancake pagi ni, jadi ini lah hasilnya...

P1250672
Sedappp nkoo, serius, lembut dan lunak jee. Mat buat dalam 250 gram labu, dapat lah dalam 6 keping macam tu pancake bersaiz 4 inci, sebab guna non-stick pan comey tu, mat kan memang sarankan lah beli satu, bukan apa selain comey untuk dihidangkan pada anak2, hasilnya pun so presentable, nampak kemas dan rapi jeee..Ni hari kan mat kurang sihat sebenarnya, tulis pun rasa macam mood jatuh longkang, tapi mat gebu kan, selagi ada n3 kat blog tu kira orait lagi laa. Oh yea, untuk kali ni mat promot sorang lagi blogger baru kita masih segarrrr...grrrr!!!..siapa kah itu...

Tak lain tak bukan Encik Ady Soleh Ahmad dari blog "Ady Budika"...mat pun baru je kenal dengan ady ni tapi dia ni ok lahh, mudah mesra....ala2 minyak tanpa plumbum tu, mesra alam..hahaha, aku pulak minyak zaitun ala2 virgin olive oil, pada mat lah blog ady ni penulisan dia bess, i like, ada satu N3 dia pasal chenta..ohh i likeee....nak tau bes ke tak, boleh jelajahi blog adi budika di sini....Ok masa untuk resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram labu manis, rebus empuk dan lecek halus
1 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dilecek
1 biji saiz sederhana bawang holland, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 pokok daun bawang hiris halus
1 camca besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
3/4 cawan tepung gandum
1 camca besar baking powder
1/2 cawan susu segar @ santan @ air
Secubit garam, jika perlu
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sos, kacau rata dan rehatkan 10 minit. Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak, dan letak 1 senduk, kurang lebih 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan, bila permukaan kelihatan kering, berhati2 terbalikkan, masak hingga kuning keemasan.
  2. Angkat dan buat hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...Selamat mencuba

18 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

kalau kat tangan CMG semuanya menjadi..

y u y u Z u l a i k h a said...

heheheheh.... ady budika... femes of this month!


"
"melelehhhhhh~"

meriahceria said...

sedap nye...teringat colleague masak cekodok pumpkin...tak sabar nak cube resepi mat gebu. Thanks for sharing!

2PriNCesSshOp said...

en mat tlg promote blog i sekali
http://2princessshop.blogspot.com/
thanks

akuanakpahang said...

Salam CMG, saya mmg minat ngan labu mmg best :)
New Entry "Kenapa dah tawar hati kat Nuffnang?"

izahdaut said...

assalamualaikum..
cik mat..250gm tu timbang dah siap lecek ke sebelum rebus? ke sama berat ek..hehe.. nampak sedap tul..tringin jugak nak try...ada lagi labu kt dapo tu..

MAKCEK bukan NENEK said...

fuhh fuhh amek bau nih . huu

yatie's EPISODE said...

emmm~ yati amek bau. sodap lak ai. haha ^.^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kebetulan kat rumah akak ada byk lagi baki labu kuning yg MIL bagi aritu.. bebaru ni wt muffin kukus labu.. nampak penkek labu mat ni mcm sedap jer.. tp daging burger lak takde... huhu.. sebelum tu nak bgtau.. akak dah cuba resepi asam kari daging mat tu.. memang marbelessss... slurpppp2x akak hirup kuahnya tu.. mmg best.. ! TQ yer resepi akak mintak izin pos kat blog akak pulak..

Bizz said...

cepat sungguh la masak. labu semalam pun cheq tak dan nak buat lagik hihih

ceritera asni said...

CIK MAT!!! AWWW SEDAPNYA PANCAKE TUH..YUMMY

Mama Hanim said...

sgt menyelerakan..

N3 terbaru:
Bila Hanim Berkenan Tgk High Heel, Mama Pn Nk Jugak La

fara dean said...

terliurr sungguh melihattnyaa..

fyna said...

waaaaaaaa.....
manyak sedap maa....

AdyBudika said...

Mat..terharunya...inikah yang harus aku terima..thanks mat...kalau la ko leh tengok hati aku kan..ko akan tau betapa aku ikhlas mengucapkan terima kasih... ...

Enty blas

http://www.adybudika.com/2011/02/blog-aku-diderhaka-rupanya-di-blog-otai.html

::mak incik:: said...

sangat besh kalau makam petang2 ni.... time2 ujan lak 2.. adoyai... abg mat ni buat kan fatin lapo je... huk3..

eryza said...

sedapnya~~~ :D

dila said...

mat tuang kaya ke kt atas pancake tu...nmpk yummeh betul

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.