BEN ASHAARI

Tuesday, February 22, 2011

PANCAKE NASI....BIAR BETUL SI MAT GEBU NI!.

P1250823
Assalammmualaikum, aduhh idea dah kering, gersang, merekah2...ibarat bumi tidak ditimpa hujan, kenapa...mengapa...aku kekeringan nihh...dah puas fikir, sampai tonggeng2 bagai, tapi satu pun tak melintas kat kotak fikiran aku... Pagi tadi bertegur sapa dengan Ady Budika dan Kak Chik Ella di Sahabat Blogger, hmmm depa ni pencetus idea gak sebenarnya...
Sekali...tingggg!!!..idea datang, tapi tak pasti lah ok ke tak. Tapi tak pe yang penting buat dulu, kata derhaka, hasil dia tu kita uji kaji kemudian...Maka setelah menjalan kan pemerhatian dan menggunakan sedikit ilmu telek - menelek resipi, mat gebu telah mengoter nasi sejuk yang berbaki semalam pada pancake...waaaaa...pengsannnn >_<

P1250825
Haha, saja lah kann, suka2..Cantik dan tembam kan. Tapi rasa not bad, cuma pada mat lah, tak sesedap pancake labu. Cekodok nasi pun mat rasa lagi sedap. Tapi kira boleh dimakan lahh gitu, gilaa koo nak kata tak sedapp langsung, dah aku yang membuatnya. Bukan apa, nak goreng nasi tu sikit noo, dalam 1 1/4 cawan gitu, penat jeee.. Jadi kita cuba lah buat pancake.. Kalau tak silap mat lah dulu Kak Umi-E, peminat kucing pernah buat macam ni, tapi dulu lahh zaman kita orang kat MyResipi...lama dahh.. Ok jom kita tengok resipi yang pada mat ok - ok sajaaa tak de lah meletop sangat..eh ni ikhlas cakap...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 keping daging burger ayam jenama "RAMLY"
1 biji bawang besar saiz sederhana, diadau
1 ulas bawang putih, dicincang
1 pokok kecik daun sup hiris
2 biji telur
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
Sos kegemaran
Sedikit minyak untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos dan minyak, kacau rata2 dan ketepikan. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dan lenser dengan sedikit minyak. Kemudian sendukkan 1/4 atau 1/5 bahagian dari adunan tadi, ratakan dalam non-stick pan.
  2. Masak hingga permukaannya sedikit kering, terbalikkan secara berhati2 dan masak lagi 2-3 minit atau lebih untuk mendapat permukaan pancake yang garing. Alih dalam pinggan dan buat hingga habis.
  3. Hidangkan dengan sos kegemaran anda...





29 comments:

kakchik said...

salam mat. pada mata kakchik ni apa saja masakan yg mat tayang kat sini semuanya nampak sedap. pancake nasi ni pun w/pun mat kata tak sesedap pancake labu, kalau beri kat kakchik, rasa nak makan dengan sos cili, pasti sedapnya. mat mmg kreatif.

AdyBudika said...

hang buat banyak kan kek nie mat?? aku nakkkkk....

cik cek said...

CMG....dipagi hari...resepi pelik tapi mesti sedap ni....:-)

Ujang9897 said...

grrrr...lapar2..

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
wah...lain dr yang lain..
agak ayu lps nie ramai kawan2 yang nak buat..
percayalah

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, CMG mmg real punya Chef.. ada rasa cam tosei tak? hihi..

DJ Dayang said...

Mat, cantik menarik pancake ni. Kalau nasik tu di blend, agak2 ok tak?... ;)

izahdaut said...

cantik tembam gitu pnkek neh..
suke tengok..

AKO @ retna said...

ako mcm blur2 sket resepi ko yang satu ni.. erkk tapi xpe sebab mcm senang, nanti ako nak cuba arr hahaa :p

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau buat sendiri selalunya memang tak ngaku sedap.. tp orang lain yg makan mesti kata sedap.. baik ko pos ke pj sikit... sure akak kata sedap.. hehe..

Ayu said...

wah bagus ni kalau nak clear nasi yang tinggal sikit..thanks che mat..

anymz said...

kalau tgk gaya mat cakap macam nasi kepal kan..bila tgk rupa memang boleh terliur kita di buatnya..walau apa pun boleh jugak kita cuba.mana tau akan meletop jugak suatu hari nanti..:)

risa said...

gud idea ni cik mat..biasa saye buat jemput2 nasi..ni ada pancake nasi ni...wow weeeee boleh cuba neh

fuzidss said...

mesti cuba ni...thanks CMG

Ainul Hayat said...

macam Hashbrown pun ade gakkan? Nmpk sedap...lebih2 lagi mkn time pns2..

Nin said...

Very creative...!

CT Delima said...

Kalau dah memang pakar memasak ni, apa resipi pun memang sedap Mat. Rajin dengan tidak jer k.ct nak membuatnya...hihihi

cayalahhhh..macam ni tak terbuang lah nasi sejuk lagi kan Mat :))

Ciao Annin-sama said...

AWESOME! Nak buat juga! Sankyuu for the recipe!

logorithm said...

Aiks? Nasik pon boleh buat pancake? Hmmmmm... mmmmm...

YAYA AZURA said...

ajaib nie cik mat..nasik pon boleh jadi pancake..

norzibeautilicioushouse said...

terima kasih banyak2 che mat ! resepi yang mengancam, sihat dan berkhasiat!

mai said...

menarik sungguh resepi nih, mohon share link cmg di fb. tq

gadisBunga said...

cik mat lahir bulan berapa cik mat? sungggguhhhh kreatip!

Bizz said...

kreatipnya Che Mat Gebu...
boleh save ni...selain nasi goreng tukar menu ni, mesti lakuuuu

Isteri Yang Comel said...

cik mat first time dengar resepi cam nie... nampak sedap sangat

Wanieyra said...

salam CM

Singgah nak minta izin copy resepi

MarDiah said...

tambah lagi idea ku nakmneghabiskan nasi sejuk... tq. nak copy..n modified..

Rima said...

Salam cik mat... i very the salute lah cos who wud hv thought of doing nasi pancake :op

haniQaseh said...

sedap tau pancake nasi nie....penah makan sbb kakak ipar selalu buat utk bagi anak dia makan..sbb anak dia x nak makan nasi sebiji2.tapi x letak macam2 la...rangup diluar lembut didalam...nyum..nyum....nanti tie nak try letak macam2 gak lah...ambik resepi yer cik mat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.