BEN ASHAARI

Thursday, February 17, 2011

MEE GORENG KERANG...PROMOT BLOG 2 - 6

P1250698
Assalammualaikum, selamat pagi, hmm nak kena cepat letak N3, sebelum perasaan tak berapa rajin melanda. Pagi tadi mat dah goreng mee, tapi seperti biasalah, ikut apa yang ada. Abah mat siap kopekkan kerang lagi ambik isinya, suruh goreng dengan mee. Aku ikut jee lahh kan. Mee kuning ni pada hakikanya agak kurang bagus kalau kita makan kerap, kerana ia mengandungi bahan2 pengawet tertentu, mana pulak si mat ni tau...eh dulu kami ada mengusahakan kilang mee kuning, tapi tak boleh tahan lama laa, sebab orang kes hutang, yang mereka tak langsaikan..hmm malas nak cerita, kesah lama dahh...

P1250700
Sepatutnya ada belahan limau kasturi, tapi mat boleh tak letak..tu lah akibatnya kalau nak cepat. Kalau ada udang anda nak letak pun ok, daging ke, atau fish ball. Mat masak seringkas mungkin, tapi kata orang, si mat tu ringkas pun macam2 eksesori dia letak...hehe, tu orang kata, bukan mat yang kata yeaa...Ok kali ni satu lagi blog mat up kan dalam N3, kali ni blog lelaki yeaa...kita lihat siapa punya blog pulak kali ni...

Ini dia seroang yang kira aktif di SB..blogger muda bernama Zamir Zanon dari blog seperti header di atas tu...dia ni student rasanya, wahh, makcik2 kantin suka ni, budaknya pun berhemah jee nampak...nak tau berhemah ke tak, sila klik sini ke blog beliau....Selesai sudah, jomm semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
1 cawan isi kerang
3 ekor sotong, potong bulat, cuci dan toskan
1 genggam, taugeh, cuci dan toskan
1 genggam, hirisan kobis, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
1 camca besar sos tomato
Sedikit gula
2 biji telur
1/2 cawan air
Hirisan cili merah untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar sedikit mengeras dan kacau hancur. Tambah sos tomato, sos tiram, kicap pekat, sos ikan dan sedikit gula, kacau rata, masukkan kerang serta sotong. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan mee dan gaul rata, tambah hirisan kobis, gaul dan tabur pulak taugeh, kacau hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sos ikan. Kacau dan boleh diangkat. Hidangkan dengan hirisan cili merah, belahan limau kasturi dan daun bawang.

8 comments:

zaMir said...

oh yeah!!!...hahaha...suke2...trima kasih byk2 pak cik mat..!!! letih dah nak berpantun lagi...

y u y u Z u l a i k h a said...

asal mee pakcik mat nampak sedap ??? T_T


tadi beli, tak sedap pun.. sedihh!


"melelehhhhhh~" ^^

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
kerang mana dapat?
ayu puas merayau utk bt jualan mee kari...

akuanakpahang said...

Salam CMG, dah sarapan dah tadi lapar semula tengok mee nie :)
New Entry "Pertunangan Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal."

Anna said...

Cik Mat,

Lapar lah tengok mi tu.

Bizz said...

meeee..cepat betul CMG.
waiting menu for lunch pulak :)

Panglima Muda said...

kau mencabar aku , sungguh berselera aku tenguk...

Admin said...

salam..

sedap tul..dah la tengah lapor ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.