BEN ASHAARI

Thursday, February 10, 2011

MACARONI IN THICK GRAVY...dan... TAHNIAH BEN!!

P1250472
Jomm sarapan, hmmm, pelik ke tengok apa mat gebu masak, biasalah, cuma nak share, tak paksa ikut, tapi kalau nak mencuba, mat gebu tak larang. Masakkan senang dan cepat ni mat masak sekejap saja. Makaroni selain digoreng, buat sup dan sebagai nya, masak ala2 berkuah pekat macam ni pun sedap, ada rasa seakan2 mee bandung pun yea, tapi mat gebu memang dehaka tak hengat punya lahh, tau tak aku tak berapa nak rajin kisar cili, jadi sambal belacan ada, aku belasah je guna....wahh sedap lahh, serius ada rasa ke"udang"an lagi dalam kuah pekat dia tu.

P1250475
Mat buat dalam 1 cawan makaroni, boleh makan 2 orang orang sebab bila dah ada kuah dan rencah2nya ia jadi banyak. Kuah dia tu mat guna balik air rebusan makaroni tadi, jadi tak payah guna pemekat, air rebusan tadi pun dah agak pekat. Anda boleh letak apa sayur yang anda suka, mat guna daging ayam cincang. Kalau nak senang guna daging burger pun ok.. Oh yea, mat nak ucapkan tahniah pada Ben Ashaari atas kemunculan sulung nya secara solo dalam 1 TUBE, ni kira ala2 YouTube gak lah tapi Malaysia punya. Anda kalau ada masa terluang boleh lah tengok apa agaknya yang Ben cerita kat situ...tips berblog pun ada, klik sini...(kalau sudi lahh). Erkk ada yang muntah yeaa bila DTS sebut2 Ben...haha, releks laa, kami Jiran apa, ada masalah ke?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan makaroni, rebus hingga lembut, toskan dan simpan air rebusan
1 keping daging burger ayam "Ramly", hancurkan
1/2 batang saleri, didadu kecil
1 biji tomato merah, didadu
1 camca besar cili kisar (mat guna sambal belacan)
1/4 cawan sos tomato
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan (nampla)
1 biji saiz sederhana bawang holland, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam hirisan kobis
5 pokok daun kucai, hiris
Minyak zaitun untuk menumis (guna minyak masak pun ok)
Bawang goreng untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, dan saleri hingga layu. Masukkan cili kisar (atau sambal belacan), tumis hingga garing. Masuk sos tomato dan sos tiram, kacau rata.
  2. Masukkan daging tadi dan masak sekejap, tambah makaroni dan kobis, gaul rata. Tuang air rebusan makaroni tadi secukupnya. Bila mendidih, tambah sos ikan dan secubit gula. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kucai, dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan segera....

15 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi cik mat...
peeh sedapnya macaroni tu...ayu kan..kalau makan camnie..sure seminggu dok sebut ulang tayang..
maklumlah...makaroni nie...makanan yang tak eprnah ayu try masak..dan susah ayu nak beli...

nak sepiring boleh cik mat?

PS: tahniah ben....peeh.......syabas dengan permulaan ben di 1tube..mana tau. lepas nie kita leh lihat ben di kaca tv pulak...kan cik mat???

y u y u Z u l a i k h a said...

wahhhh~ ni bagus... boleh buat kat hostel ni ujung minggu ^^

yess.... wahh.. abang ben ashaari ape pun dia buat pasti melethooooppP~

Ida Ddapur said...

emmmm...walla, che mat...bak semangkuk ler...

Ujang9897 said...

tak tgk lagi video tue

HaSue said...

menonong aku masuk nengok n3 nih sebabnya ngah pikir2 gak nk wat ape laa ngan makroni dalam gobok tuh..huhu...nanti ah,kalo rajin double trouble leh try nih.sebelum ni nak try makaroni goreng belacan jer..hehe

Ina said...

kiter buat nasi lemak je..takde..kiter tak muntah bila cik mat sebut ben..tahulah..korang kan best pren..he.he
INA NAZIR

AdyBudika said...

mousse mangga masih menjadi idaman..sebenrnya aku tengah mengidam makan makanan yang ko masak tau..kesian ..susah kalo pembawakan neh...ko takleh tolong ke??

HaSue said...

ops..teruja tengok makaroni lupa nak ucapkan TAHNIAH utk Ben 10..semoga semakin masyhur di persada blogging.hehe..

kakchik@ella said...

baru tgk td cik mat. tu pun sbb ben bgtau kakchik. spt biasalah cik mat .. kakchik ni asyik la ketinggalan keretapi!! haha ..

anyway cik mat .. 1 ari nak gak rasa masakan cik mat. tak kira!! haha .. men paksa2 lak ye cik mat. hihi ..

MiJa said...

pergh...meleleh tgk gambor tu.dh ler mmg suka makaroni!!

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh terliur abis aku :(

syuwai said...

nyam2x..

oh ya, dah tgk vid en. ben tu..hehe

shah-kayrul said...

burger pun blh pelbagaikan gak erk...tgk gambar pun dah meletop..belum rasa lagi confirm walaaa...

Nur68 said...

Salam CMG...harus dicuba ni...mesti sedap ni...p)

BEN ASHAARI said...

tqq maattt

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.