BEN ASHAARI

Sunday, February 27, 2011

JUS BUAH NAGA.

P1250979
Assalammualaikum, haus kan main kannn, takpe2 pakcik mat ada buat jus buah naga, erkk tapi untuk pakcik mat jee lah, habis dah aku minum tadi...nyamann tekak sejukkk....legaaaaa. Ni tadi mat buat masa bakar chocolate hazelnut muffin, haus koo cuaca panas, dah lah aku ni hari sibuk kan main..tak pe insya allahh masa untuk baking2 mat masih ada masa, tu pun sebab ada mangsa nak makan.. Ok ni rasanya jus buah naga ni mat pernah letak kat DTS, tapi tak pe sebab style aku, setiap resipi walaupun sama tapi ada kala tak sama...macam mana pulak tu, pening ke?..erkk dah jangan pening2 jom tengok resipi dia macam mana...layannnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
3 cawan air mineral
1/2 cawan susu sejat IDEAL
3 titik esen vanilla
Ais kiub secukupnya
Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 guna dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk...hmmm....

15 comments:

Mama Hanim II said...

alahai best tu..


(Gambar) Pernikahan Siti Sarah Dan Shuib Sepah

사이트 ✻ romlah said...

waaaa ! sy suka buah naga :)
erm kalu tak letak esen vanilla tape tak ?

btw , sy baru kenai mat gebu ni .. singgah la blog sy :)
http://atahthesarjana.blogspot.com . nak follow ! sbb sy suka masak =p

Lya Colours said...

sejuk tekak dapat seteguk ni

cik pulau said...

ya Allah.. sedapnya nampak..
tapi takleh minum ais skang.. uhukk... ^^,

yatie's EPISODE said...

perhh. mengancam~

melelehh liur lagii. ^^

kakchik@ella said...

Yeay .. yeay .. nak cuba. nak cuba. Aiman ... blender naga tu cepat!! hihi ..

Kak Rose said...

naga ada dalam fridge... wah bahayanya, ada naga dlm peti ais... esok leh buat nih.

山下聖人 said...

Hi,
Nak exchange link with you
http://followtrends.blogspot.com/
I've added you into my bloglist

dunia maiza said...

alahai..sedapnya...campur ngan susu lagi hmmm...:)

Sunah Mohammad said...

tadi perut berbunyi...sekarang telan air liur..

a.samad jaafar said...

kagum dgn saudara.. saudara mulai menanam rasa minat utk belajar memasak dlm diri saya..kene selalu ke sini sepatutnya saya kan..

Noraizam said...

hari2 sy masuk blog en mat nih....
tetiba ada satu soklan drpd hubby sya...cik mat ni x keje ke..masak je ari2 ...hahah
sy jwab..keje la..bagi resepi2 yg best ni ..keje le jgk...
hahah...musikil gak...cik mat keje apa ye..

anna said...

salam...sy nk request resepi for mini blueberry cheese tart bole x?hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

aduhhh sedapnye tgk air tu.

armouris said...

info tentang buah naga di SIHAT SELALU - Khasiat Buah Naga

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.