CRISPY TUNA ROLL.

P1250964
Salam...aduhh mata macam ada gam gajjjahh nih kelip je dia lekat, tak mo bukak..hmm, sebelum pengsan, baik mat up date N3 untuk malam ni. Ni kira N3 asal ada, tangkap muat, ala-ala dan juga bidan terjun, kira all in one. Sebenarnya nak habis kan baki puff pastry dalam 3 keping lagi dan baki tuna yang mat bekukan. Puas juga fikir apa lahh aku nak buat dengan benda2 ni. Teringat semalam kan mat buat palmiers, jadi yang ni ala2 sedara palmeris ni juga lah tapi ala2 swissroll macam tu. Rupa pun pada mat tak cun sangat lahh, tapi orait laaaa..not bad jugak...kannn..

P1250967
Betul tak, rupa dia tak berapa cun?..Kira yang mat pegang tu paling cun lahh dalam banyak2 tu. Satu cara nak dapat bentuk bulat, lepas digulung simpan dalam freezer kurang lebih 30 minit. kemudian baru kerat 10 bahagian. Waaa..dah mula tulis pun meleleh...ngantuk dan mula macam 2 alam dah...citt 2 alam tu bukan "awwww"..tapi ala2 dalam mimpi gitu lerrr...amboihhh!!..dah lah semak resipi pulak yeaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping puff pastry jenama kawan bersaiz 4 inci x 4 inci
Tuna dalam tin secukupnya, ditoskan
Mayonnaise secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit perahan jus limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tuna, mayonnaise, serbuk lada hitam dan jus limau kasturi, kacau rata. Tabur tepung pada meja kerja, ambik sekeping puff pastry yang telah dibiarkan pada suhu bilik. Sapukan 3/4 bahagian puff pastry tadi dengan tuna tadi, gulung kemas2 seperti swissroll, kemudian gelek sedikit. Buat hingga siap.
  2. Simpan dalam freezer selama 30 minit. Kemudian kerat 10 bahagian untuk setiap pastry tadi. Susun atas dulang pembakar dan bakar 25 minit alam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195C., hingga kuning keemasan.
  3. Keluarkan dari oven, sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara....

Post a Comment

13 Comments

  1. pehhhhhh pakcik mat gebuuu! 753617% sejibik macam jari bayi hari tu ^^

    ReplyDelete
  2. @ yuyu - hahahaha...hadoii lawak lahh, jari bayi gerrrrgassiii"s

    @ jia - sila2 ada lagi..

    ReplyDelete
  3. bila la dapat makan ni, nak buat tak berapa nak rajin, makan yg orang buat tentu best jugak!

    ReplyDelete
  4. kesekian kalinya...bilenya aku leh makan masakan ko neh?

    ReplyDelete
  5. cik mat
    kat mana nak dapatkan pastri jenama kawan tu?

    ReplyDelete
  6. Wah! Puff pastry inti tuna. Mesti sedap kan. Tak pernah makan lah yang camni...;-)

    ReplyDelete
  7. Salam CMG, nie kalau pekena sambil berblogwalking malam mmg best :)
    New Entry "Salam,salam juga, lawan, lawan juga :)"

    ReplyDelete
  8. sedapnya..nyum2.nak siket ..hehe

    ReplyDelete
  9. @ady;sbr je la kita,mengigit jari masuk sini k..heee

    cool selalu^^

    ReplyDelete
  10. @ WCP - hahaa, betul, kalau makan orang lain buat, rasa lain kann..

    @ ady - bila sampai masanya yeaa...wahhh..

    @ kasih redha - kalau kat Kulai ni, boleh beli kat tesco dan harga dia paling murah setakat ni, tak sampai Rm4 satu paket.

    @ shas - resipi derhaka..

    @ AAP - betul2, sambail minum kopi tongat ali..

    @ drunbella - cari jangan tak cari.

    @ aiman - ala..ala..aiman terima kasih sudi komen kat blog pakcik mat.

    @ sunah - ehem ehem lapar..

    @ woofer - haha, jangan gigit benda lain sudahhh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.