BEN ASHAARI

Sunday, January 30, 2011

KANGKUNG BELACAN, IKAN GORENG JINTAN....PROMOT BLOG 5.

P1250271
Hai semua, jumpa lagi petang ini bersama N3 ringkas dan mudah, tapi berbaloi..Hujan masih tak henti2..rasa macam nak membuta jee ni, hmm, susah lah, kalau tidur nanti sah2 langgar pantang, takut pulak orang Bunian culik mat gebu, dahh mat gebu tak de kat Malaysia, sebab dia bawak aku ke Alam Buana...haha, mula dah merepek, biasalah beb, terlebeh makan ubat.. Ok N3 kali ni mat letak kangkung belacan dan juga ikan goreng ketumbar. Kangkung belacan tu rasanya semua orang pandai buat, tak de masalah punya....sejukk...grrrr...

P1250273
Lepas tu mat goreng ikan feberet mat gebu selain "Japanese Mackerel". Tau tak ikan apa, hmm itu lah ikan tamban sardine, ianya banyak tulang halus, dah kalau nak goreng kena kelar kecik2, ikan tamban sardine kaya dengan Omega 3. Saja lah mat nak ngabis kan stok bahan, ada jumpa serai kecut sebatang pun habis aku tibai buat resipi ni. Ini ikan goreng biasa je yang di perap dengan sedikit rempah ratus sebelum digoreng... Blog ke-5 yang mat promot hari ni ialah seorang blogger lelaki..

Nama beliau ialah "Izamir Ridzwan", dari blog "Izamir Ridzwan" juga. Dia ni aktif di Sahabat Blogger. Blog dia dalam kategori personal dan penulisan rasanya. Apa2 pun anda usha2 lah blog dia kat sini...

Ok..jom semak resipi mudah ini...

KANGKUNG BELACAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekek kangkung, diasingkan tangkai dan daun, siang, rendam dan toskan berasingan
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
2 camca besar ikan bilis, rendam, toskan*
1 biji cili hijau*
6 biji cili padi merah*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk hancur)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tuang air, biar mendidih. Bila pekat, masukkan tangkai kangkung tadi, kacau rata dan masak sekejap
  2. Besarkan api dan masukkan daun kangkung, gaul pantas, tambah garam secukup rasa, balik2kan dan rasa, jika ok terus matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat..

IKAN GORENG JINTAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan tamban sardine @ 3 ekor ikan kembong hijau
3/4 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh jintan kasar*
1 batang serai, hiris halus*
Garam secukup rasa*(*ditumbuk hingga halus)
2 camca besar tepung beras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tamban disiang, cuci bersih dan kelar kecil2. Kemudian lumur rata2 dengan bahan tumbuk halus tadi. Perap 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan) tabur tepung pada ikan tadi, gaul rata2 dan goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian ikan tadi, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan....Hidangkan panas2..

18 comments:

mia.lia said...

seksi ikan uh.hehehe

waaa..blog ir..hehe..nk tnya la gak,,CMG promot header org CMG nape takde header,,hehe

Noraizam said...

abang mat gebu da jadi mat gebi la pulak kat dlm statement ikan goreng iteeeww....heheeh...tau la sejuuuuukkk...ye abg mat..;)

Izamir Ridzwan said...

heheh thank CMG.. tak sangka, ptut lah tetiba naik online counter td.. thanks sekali lgi

asri bin ali gur said...

wah,,,,sedapnyer.....dah lapau ni....

aDisH.sHidA said...

erm sedap nyer makan ngan nasi panas2....nyum nyum lapar le plak

Awangku Johan said...

thniah Izamir Ridzwan.. blog awak d promo..

Rasydan Rosdi said...

waa...cam besh je resepi nie..

akuanakpahang said...

Salam CMG, musim hujan nie kangkong pun sedap :)
Jom Singgah! "Jom jalan-jalan ke Pahang"

puanbee said...

oh guna tepung beras bee selalu tgk org masak sedap bee buat tk garing pun ikan tu..sbb bee guna tepung gandum hee

reen said...

ni yg rasa cam nk try ni :)

MULAN said...

ohh sedap nya...

nba-Nur said...

Salam.. Wah Cik Mat Gebu dah promote blog IR.. Tahniah ye..

nba-Nur said...

Salam. Sedapnya tengok lauk Cik Mat Gebu masak ni.. Lauk2 kampung memang membuka selera. Tahniah ye sebab Cik Mat bantu promote blog.. Bagus usaha ni.. Hidup DTS!!

Gadis~Gula~Gula said...

kangkung blacan sedap! nyamnyamnyam!

Ummi said...

Salam Mat, waaaaaaaaaaa..apasai ikan ko sume kena pancung pala...ke ko dah telan pale dia? Ekekeke...Akak baru sempat nak jenguk blog ko, petang semalam 2 family adik datang rumah tdo sini, hari ni dlm hujan lebat pun sakan pergi meronda...Kul 6 lbh td baru semua balik...waaa...lintang pukang rumah ku dgn segala mainan bersepahan dikeluarkn dek anak2 sedara yg kecik2 cili padi kooo...letih mengemas balik segala tilam bantal..hahahaa...peenggsaaann!! Huhuuu...

Mat Gebu said...

@ kak ummi - kak, ikan tu plan asal nak buat sardine, sekali kan semalam boleh lupa nak beli tomato puree..huk alahh...nyampah argh...ikan tu saya mmg dah siap siang semalam, kalau nak buat sardine, memang tang pala dia kita kena kerat, tak boleh kulup2...

my stories said...

salam CikMat. ai ada kopipes resepi meatlof sandwich. dah buat dan dah siap letak kat blog ai. ai bgtau cik Mat ai kopipes resepi dan letak kat blog ai, tp ai ltak nama u then ada link skali. thanks Cik Mat

Mat Gebu said...

@ my stories - waaaaa....terima kasih, nak pi skodeng sat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.