BEN ASHAARI

Saturday, December 11, 2010

SEGMEN: TOLONGLAH KAMI...

Assalammualaikum, tiba2 macam nak join segmen ni, bukan apa saja lah terpanggil, mat cakap betul...Exceli mat malas nak join segmen2 Ben Ashaari tu, bukan nak berlagak, tapi biarlah blogger baru yang memanaskan arena blog buat masa ni, macam mat ni hanya memeriahkan majlis, tapi segmen yang ini agak berlainan sebab ianya PENTING untuk semua golongan (sama macam segmen YB, dulu tu kat sini...). Pada Ben, sori yea kalau macam kasar je aku tulis, biasa lah mental guaa lom stabil nih...Untuk ke N3 mengenai segmen ni sila klik gambar di atas..

Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam..
  • Benda ni kerap berlaku, terbaru kes di satu tempat makan, tatau lah sapa tah yang bodoh sangat pi merokok kat situ, nak kata tak sekolah, nampak macam profesional, pakai pun nampak macam orang "ada-ada", tapi sayang mata "buta", tak nampak sign "no smoking". Selamba siput je merokok, paling tak bes bila habuk rokok tu saja je letak tepi piring cawan minuman (pantang guaaa tuuu!!). Hmmm susah punya olang, kalau nak merokok pun pi lah tempat yang disediakan, ni tak, ambik mudah jee...huhh..
Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka?...
  • Menegur?...kalau Ben ke, aku tegur lahh, ni tah sapa2, gilaa ko nak tegur, kita kena faham manusia ni bukan semua jenis berfikiran terbuka, tegur sebarang kang tau2 koo kena maki, nak ke..Perkara terbaik pada mat lah laksakan satu undang2...merokok di kawasan larangan di tempat awam, dendan RM 100 kalau tak de duit, WAJIB buat kerja2 amal, macam cuci tandas atau kutip sampah di tempat awam....tanpa ada belas kasihan!!, tak de peluang pertama atau kedua.
Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam ...
  • Merayu?...Huhh, buang masa mat gebu jee nak merayu2 bagai...Cuma aku nak bagi tau, kalau nak merokok sangat balik lah rumah, tak pun masuk mana2 kawasan khas yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk anda merokok beramai2...lepas tu sama2 terbongkang kat situ, sebab masing2 lemas sedut asap rokok yang lazat tuu. Apa2 pun sila lah buka mata anda, apa nikmat merokok tu sebenarnya?..nampak jantan?..nampak macho?..nampak sasa?...Tak de langsung...
CATATAN MAT GEBU :- Ingat tak arwah abang mat yang meninggal tempoh hari, arwah pun agak kuat merokok sebenarnya...Tapi nak cerita pun tak guna. Cuma mat harap pada yang merokok atau ada angan2 nak rasa merokok tu macam mana, fikirkan lah...Memang betul, bagi perokok bila kita tegur depa kata, alahh tok aku merokok kuat juga, tapi mati umur dekat 90 juga...tu tok engkau, ni sekarang kita cerita pasal diri anda yang merokok....hmmmm...al-fatihah untuk arwah juga...

16 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam cik mat..
tahniah join segmen nie..
harap-harap ramai yang sedar akan punca kerosakkan dan masalah rokok nie..

alfatihah atas arwah tok dan arwah abang hamdan

Ummi said...

Salam Mat...
Hahahaa...sudah ok sikit mental eh..hehehehe...Akak tumpang gembira, apapun hidup mesti diteruskan dan moga2 kita tidak jadi orang yg pelupa dengan kematian yg pasti...Huh, kelakor jek baca segmen ko buat nih....eh rasa nak join gak laaa...hehe

Syafiq Rosli said...

huhu..nice MG..entri yang baik

Kalamhati said...

Betul tu Cik Mat..buang karan je nak merayu bagai..sendiri mau ingat..bila sakit anak bini juga yg susah..ikh baca entry Cik Mat memang rasa geram dgn si perokok ni..

cek chun said...

boleh ter emo tau cik mat bila baca entry nih. hehehe

betul tu, takde nya depa takut kalau kita cerita macam2 bahaya pun.

NaniRostam said...

Salam Mat...hari tu masa Kak Nani gi Singapore suka tengok dia orang sediakan petak kuning khas luar bangunan untuk orang merokok.

Kalau amati memang kelakar...tapi padan muka aku...duduk lah tengah-tengah alam tu merokok jangan kacau orang...

Jadi kalau diaorang nak merokok diaorang kena cari petak kuning tu sampai jumpa baru boleh merokok.

Norhafiza said...

YA!..No SOKONG abgMat..ALHAMDULILLAH, suami No bukan perokok..klo xtiap ari dapat migrain huhu

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

betul tu cik mat..suke ayat cik mat yg ni "masuk mana2 kawasan khas yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk anda merokok beramai2...lepas tu sama2 terbongkang kat situ, sebab masing2 lemas sedut asap rokok yang lazat tuu."..

mungkin bile buat macam tu baru depa nak sedar yg asap rokok ni merbahaya sgt....

alfatihah to allahyarham....

eelobor said...

salam mat,

aku paling menyampah bila tengok orang yang merokok masa dalam kenderaan. tambah2 ada anak kecik kat dalam tu. tapi ada aku kesah sebab itu anak dia kan? yang aku kesah & menyampah bila di campaknya putung rokok tuh melalui tingkap bila dah abis merokok. memang la buang takkan nak simpan kan? sorang buang, kalau di darab dengan berapa juta yang isap rokok dan buang cam gitu, apa jadi. sekali tengok macam tak de, tapi memang ADA

~hAKim ZaiLAn~ said...

tahniah brader mat gebu kerana bukan perokok..salute!!

BEN ASHAARI said...

tq mat ... gua tak kisah.. hahaha... take care mat ...

Mat Gebu said...

@ citarasa rinduan - terima kasih ayu, saya pun saja2, sebab otak masih blurr..

@ kak ummi - hmm boleh lah kak, tapo jiwa saya masih tak tenteram. hati berat jee..huhu..


@ syafiq - terima kasih, n3 biasa2 saja..

@ KH - betul2, tapi orang macam ni kita nak tegur pun malas, mesti alasan macam2 mereka bagi..

@ cek chun - saya masa menulis tu pun ikut lepas je, tak boleh nak fikir sangat..nampak mmg emo kan..

@ nani rostam - S'pore lain kan, sana jgn memain...tapi ada benda yag di sana, harus kita rakyat malaysia contohi...

@ norhafiza - syukur alhamdulillah suami puan bukan perokok,

@ feez - hahaha, memang betul, tapi pada mereka merokok tu nampak ada gaya, style lah konon..huhh..

@ eelobor - Setuju sangat2, part puntung rokok bersepah tu, memang saya pun tak suka, ada tu nanti selit kat mana2, celah pasu bunga pun selit juga..

@ hakim - terima kasih...

@ ben ashaari - hehe, alah ben saya tau bukan jenis macam tu..apa2 pun terima kasih bayak2 yea...sebab?...Lu pikir sendiri...

nur said...

CMG: Al fatihah utk arwah..

betul.. juga sangat tidak suka dgn lagak mereka2 yg menggunakan cawan/ piring sbg ashtray.. erkk
ALL IN ONE

Eda said...

sokong!!!!

walaupon org cakap lelaki merokok adalah macho...tapi, macho apa namanya kalau merosakkan diri sendiri dan orang lain...;-)

oh ya, saya ada backlink CMG kat blog...minta izin..hehe

Ummi said...

Mat, tabahkan hati yeaa...sentiasa ingat kepada rahmatNya jua disebalik segala ketentuan...insyaAllah hati akan tenang...semoga Mat kembali bersemangat untuk terus berblog secara perlahan-lahan la yea, xpaaa...

Mat Gebu said...

@ nur - terima kasih...tu lah, saya pun ada gak sedara mara kuat merokok, pantang duduk kejap, terus merokok..susah punya olang!.

@ eda - Hmm, nampak je macho, tapi hakikatnya palsu, sebab bila tak merokok depa rasa biasa2 jee...

@ kak ummi - Terima kasih kak ummi, cuma saya rasa, kalau tak de xtvt, mula lah terkenang2, segala perbualan saya dan arwah...teringat2 lah...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.