BEN ASHAARI

Friday, December 31, 2010

PAHIT - MANIS ~2010~...SELAMAT DATANG ~2011~

(Gambar Ihsan dari - Google)

Assalammualaikum...Diam tak diam tahun 2010 akan kita tinggalkan, muncul pula tahun baru 2011. Tahun 2010 memberi pelbagai kenangan pada mat sebagai blogger masakan. Ada yang manis dan ada yang pahit. Dalam diri mat sendiri telah berlaku beberapa fasa perubahan yang agak besar, termasuk dari segi hubungan sesama manusia. Mat mengaku, berblog ibarat kembar mat, satu hari kalau tak jengok, sudah pasti kurasa tak sempurna...hmm.

Dalam masa yang sama juga, dunia blog mat gebu bertambah meriah bila mana pada awal tahun 2010 mat telah mengenali blogger berpotensi hebat, Ben Ashaari...bermula dari satu komen tidak sengaja pada blog beliau, ia membawa kami serasi berjiran sehingga saat ini, terima kasih mat pada ben. Tahun 2010 juga menyaksikan mat dikunjungai beberapa blogger ternama, antara mereka, Kak Ummi Kuatan, MamaFami dan suami, Kak Liza (chef) serta suami dan anak2, Ben Ashaari dan isteri - Puan Azila, Ayu Citarasa Rinduan dan suami - En Zalie, Sue Joshua dan suami - Mr Joshua, Siti Indrawati dan suami, Mama Zieza, Kak Umi-E (Kak E) dan keluarga serta adik kembar beliau "Kak Teh" sekeluarga dan juga blogger2 "KAMIE", iaitu Sis_Linn sekeluarga, Kasawari sekeluarga, Kak Ct Delima sekelurga dan Shai. Tak lupa juga pada blogger antik, Yatt dan suami, En Aziz, kerana sudi singgah ke pondok hamba...

Tahun yang sama juga telah meletakkan resipi DTS - Mat Gebu pada satu lagi tahap, bila mana Puan Lily Haslina sudi menyunting untuk disiarkan ke dalam majalah Jelita, ada beberapa keluaran yang ada resipi dari DTS-Mat Gebu, disini.. terima kasih ku ucapkan pada Kak Lily. Dan tak lupa mat ucapkan terima kasih juga pada wartawan Harian Metro Puan Siti Zarinah Sahib, juga telah sudi meletakkan 1 resipi mat di surat khabar mereka, artikel disini...

Kegembiraan tidak selalu berpanjangan, bila datang ujian Allah, kita baru tersedar betapa kerdilnya kita ini, pada penghujung tahun 2010 ni, mat menerima satu dugaan yang amat berat......hanya allah yang tau perasaan ku masa itu hingga kini. Dengan perginya abang mat yang no 3, Hamdan Ibrahim mengadap Ilahi pada pagi Rabu 8 hb December 2010, begitu mengejutkan kami. Seolah2 nafas dan denyut nadi ku turut terhenti buat seketika....walaupun kami terima dengan redha ketentuan ilahi, tapi dalam hati masing2 masih bersisa rasa kesedihan itu...Al-Fatihah untuk arwah moga allah mengampunlan dosa2nya....kesah di sini
dan
di sini...

Harapan DTS - Mat Gebu untuk tahun 2011 ini, moga kita semua berada dalam keadaan yang baik2..aman dan paling utama, kita blogger2 tak kira lama atau baru biar lah lebih beretika, tak payah lah kita menghentam antara satu sama lain, tak de faedah pun. Mat faham sepatutnya DTS-Mat Gebu tak sesuai nak berbicara kesah2 macam ni, sebabnya blog DTS ni hanya blog masak2...tidak setanding dan sehebat blog blogger yang menulis dengan idea dan intipati yang bernas dan membantu..Tapi mat cuma tulis apa yang mat rasa dan apa yang mat lihat sepanjang usia berblog, itu sahaja....Akhir kalam, mat ucapkan selamat tahun baru 2011 pada semua pengunjung, followers, silent readers dan mereka2 yang terlibat, minta ampon dan maaf dari DTS - Mat Gebu @ Adnan Bin Ibrahim...Salam sayang untuk semua.. Jumpa lagi tahun depan dengan N3-N3 lain pula...insya allahh...

22 comments:

ICook4Fun said...

Mat, wishing you and your family Happy New Year. May year 2011 brings you health, joy and peace.

kisahwanida said...

Selamat tahun baru CMG..... Moga banyak lagi resepi hangat di 2011

whitecappuccino said...

Selamat tahun baru Che Mat..semuga tahun ini lebih membahagiakan dan menggembirakan..

Nur Azila Ismail said...

assalamualaikum cik mat gebu

selamat tahun baru :)
diharapkan cik mat dapat muncul dengan lebih byk resepi yang menyelerakan . hehee .sehingga para pembaca rasa macam nak jilat skrin komputer . hehe

selamat maju jaya :)

Nieza said...

Selamat tahun baru CMG...semoga DTS terus bersiaran dgn resepi yg mantop lagi...:)

izahdaut said...

happy new year 2011 buat cik mat n family...dan tahniah dengan pencapaian gemilang DTS...semoag terus suksess

nik ain said...

Salam tahun baru CMG sekeluarga...semoga 2011 lebih bermakna buat kita semua, insyaAllah ;)

Woofer Storm said...

slmt thn baru mat gebu..moga murah rezeki dan dipanjangkan umur^^

EDDIE YUSTIN said...

SALAM..SELAMAT TAHUN BARU...MOGA TAHUN HADAPAN DATANG DENGAN RESEPI-RESEPI TERBARU..DAN DIMURAHKAN REZEKI

Norhafiza said...

SELAMAT TAHUN BARU untuk abgMat sekeluarga..mudah2an di tahun depan abgMat akan dimurahkan rezeki..

No juga mohon maaf sekiranya ada tersalah bahasa tersilap coretan..semoga ikatan kita sesama blogger akan berpanjangan..amin..

azlina aziz said...

oh, tahun depan nak beraya rumah Cik Mat lah ya. Harap disudi2kan. kekeke :p

Kalamhati said...

Alhamdulillah..tumpang bersyukur melihat kejayaan demi kejayaan manis yg Cik Mat cipta di tahun 2010..

Bangga menjadi salah seorang dr rakan blogger DTS..

Doa saya, semoga DTS lebih gemilang di tahun 2011..amin!

Syafiq Rosli said...

selamat tahun baru untuk CMG..semoga hari2 yang mendatang lebih ceria

balqisyia's choc shop said...

Selamat tahun baru juga untuk semua..

Kak Rose said...

Selamat tahun baru buat mat sekeluarga, blog mat ni banyak membantu kak rose, tq mat. semuga terus maju dlm dunia blog!

HomeKreation said...

Salam Mat. Slmt Thn Baru. Semuga 2011 sukses & happy selalu. Takziah atas pemergian abang Mat tu.

BEN ASHAARI said...

SELAMAT TAHUN BARU MAT !!!

Mat Gebu said...

TERIMA KASIH PADA SEMUA...MOGA HUBUNGAN SILATURAHIM DI ALAM MAYA INI BERTAMBAH AKRAB DAN ERAT....INSYA ALLAHH...

Jia Sensei said...

新年おめでとう=happy new year

Mat Gebu said...

@ jie - selamat tahun baru jugaaa..terima kasih..

Ummi said...

SALAM MAT,
WAAAAAAAAAAAAAAHHH..ENTRY BAGUS SESEKALI MASUK RUANGAN TERKENANG SEMASA DULU LA EKS...SELAMAT TAHUN BARU BUAT MAT GEBU, SIFU SEANTERO DUNIA CYBER...MOGA TAHUN MENDATANG AKAN LEBIH MENGUATKAN SEMANGAT DAN OTOT-OTOT KO UNTUK TERUS MEMASAK DAN MEMASAK DAN MEMASAK...HEHE

kak ina kl (2) said...

semuga tahun 2011 akan menjadi lebih baik buat mat dan semuga kita semua terhindar dari penyakit hasad dengki sesama blogger.