BEN ASHAARI

Sunday, December 5, 2010

LEMAK DAUN MERANTI & TEMPE.

P1240339
Selamat petang semua, waaa, malas2 nak masak, kena juga masak..Tak pe lah atas permintaan big boss merangkap ayahanda ku. Mat masak lah juga, tapi satu jenis jee. Semalam petang mereka keluar dan beli lah daun meranti, tempe dan benda2 lain. Bila dah beli sayur2 kampung ni, maka akan terjadi lah isu debat, nak masak apa dengan benda2 tu. Kalau mat sah leer masak bening saja, tapi abah mat suruh masak lemak dengan tempe, ikut saja, jangan bantah. Cuma kali ni mat letak ikan bilis, selalu kan mat guna udang kering. Lauk2 macam ni ada sambal belacan dan ikan masin, sudah ok sangat..simple kan... Ingat malas nak tulis resipi, tapi kan baik tulis, buat hilang seri jee tak de resipi, asyik harap kan gambar jee..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak daun meranti, asingkan daun dari tangkainya, cuci dan toskan
2 keping tempe, potong kiub
1 genggam ikan bilis, rendam 2 minit dan toskan
1 biji cili merah hiris serong
1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
300 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
1 kiun ikan bilis "Maggi" (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan cair, bawang besar, bawang putih, ikan bilis di dalam periuk, jerang hingga mendidih. Masukkan tempe dan masak sekejap.
  2. Tambah daun meranti dan gaul rata. Bila daun lembut, tambah pati santan dan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil kacau sekali sekala.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin, sambal belacan....

12 comments:

Myra said...

sama la kita arini..mam daun meranti....tp sy tumis jek....musim hujan ni makin byk la daun meranti tumbuh ye....

kak Erna said...

aduh mat..kecur air liur..bila makan pulak dengan sambal belacan..aduh..sedap..

MULAN said...

gerenti sodap... tapi mat, camna ropa asal daun meranti tu ek..

NoorMasri said...

sedap ni klu lawan dgn ikan masin lembik

~aku_najwa~ said...

sedapnya, teringat lauk meranti kat kg..

lemongrass said...

Kalau Big Boss yg mintak Cik Mat masak, sure makanan ala2 Jawa lah ye. Kalau bini Big Boss yg mintak, makanan ala2 Nyonya lah kan, hehehe.
Memang sedap weh Jawa n Nyonya nya food ni!

akuanakpahang (AAP) said...

Salam Mat, Sayur ini mmg kegemaran saya mmg best :) New Entry "Kelab Gadis Songsang?"

aZLiNa aZiZ said...

Suka tempe! :p *memang darah Jawa tu kuat. hehhe.

Masak lemak, makan pulak dengan sambal belacan. Pehhh. Gerenti tak hengat. :p

hana said...

ko buat jiwaku meraung di tengah malam buta! huwaaaaaaaaaaaa.... aku mau merantiii.... tempe takpo aku ado 2 kilo! erk...dua bungkus! wakakakakakaaa

AdiaLuze said...

He'eh..Lama tak makan daun meranti ni...Sedapnye masak tumis makan ngan bubur nasi ngan ikan bilis goreng...

Sis-Lin said...

Lapooonyaaa....
Aku yg paling x reti kan, masak lemak putih nie..mmg tak reti, mgkin sbb dh biasa msk lemak kuning..huhuhu

Mat Gebu said...

@ myra - yess, saya suka yang itu..tumis air..

@ kak erna - betul2, ada ikan masin n sambal belacan dah cukup, safe budget..boleh beli teko antik..haha.

@ mulan - cuba akak tgk kat sini, ada contoh - http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/08/jom-ke-farmville-mat-gebusiri-2.html

@ noor masri - betul, ikan masin tenggiri jeruk, perah limau kasturi sikit..wahh pengsann..

@ aku najwa - Makanan boleh mengimbau nostalgia..

@ LG - hehe, biasalah jawa kan, ada tu suruh buat sambal goreng jawa. My mom simple jee, janji pedas.

@ AAP - Kegemaran abah saya juga, sayur ni senang dapat kat kebun2, tumbuh merata.

@ azlina - pstt, kita jawa dah hybrid u, jawa + Nyonya + Melayu, haha..

@ hana - alah hai sori2..eh kat jepun tak de ke daun-daunan yang boleh ditukar ganti..

@ adia - waaa ini style baru. bes juga..

@ sis linn - Linn, nak kuning letak leer kunyit sikit..haha, weyy ko bila senang?..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.