BEN ASHAARI

Thursday, December 2, 2010

LEMAK CILI PADI JANTUNG PISANG.

P1240285
Salam semua, Khamis kan hari ni, malam ni malam Jumaat kan, wahh malam penuh keberkatan..ehem ehem, ok hari ni tak de N3 sarapan, sebab makan biskut kering siaa. Oleh kerana masak apa yang ada, jadi lepas melakukan penyelongkaran bahan2 mentah, maka tergolek lah 2 biji jantung pisang, atas permintaan ayahanda, mat gebu memasak lah lemak cili padi jantung pisang, letak tulang ikan kurau masin. Nama je masak lemak cili padi, tapi tak pedas mana, abah mat kan tak tahan pedas, tu yang masak ala2 masakan kanak2, yelah dah tak tahan pedas kan, nak buat macam mana.. Ok jom kita semak resipi, ni typical masakan kampung..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang nipah, buang kulit luar hingga jumpa bahagian yang cerah dan lembut
5 ketul tulang ikan masin kurau, rendam
1 kuntum bunga kunyit (optional), belah 2 dan rendam
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
750 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1/4 cawan cili padi kampung, hijau
1 inci kunyti hidup
1 inci ubi cekur
1/2 inci belacan
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibelah 4 setiap 1 biji, rendam dalam air. Dalam periuk masukkan bahan2 tumbuk halus, bersama santan cair, asam gelugor dan tulang ikan masin kurau. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan jantung pisang dan bunga kunyit, masak hingga jantung lembut. Tambah santan pekat, garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat..

12 comments:

aida mn said...

Salam Cik Mat,
Alahai jantung pisang ni akak hali-hali makan hat rebut punye..ni masak lomak pulakkk.aiyaaa....sedap sedap...bleh try ni, kalau jadi..hehehe..takleh challenge dengan Cik Mat punyer la..

T@sh Sch@ said...

ada resident tempat ni complaint kelmarin dia tengok jantung pisang ada lagi ..semalam dah ilang!! ermmm ..
????


meh jawab tag me untuk Mat gebu yer

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak mmg suka mkn lauk sayur2 kg mcm ni... bebaru ni blk kg.. mak masak sayur lemak telur tebu. (bukan masak tebunya ya!) mat pernah mkn tak telur tebu? rupa dia kalau tengok dari luar mcm jagung muda yg belum dikopek.. tapi bila dikopek.. ada sikit mcm brokoli cuma bentuknya panjang2 mcm jagung muda.. sedap sgt telur tebu tu.. dipanggil telur tebu sebab ianya dipetik dari pokok tebu yang memang khas untuk ambil telurnya saja.. tebunya tak boleh makan sebab kurus takde berisi.. hehehe..

qaseh johanna said...

assalamualaikum...saya baru je bjinak2 dgn blog Cik Mat ni..hehehe

ade la 2 resepi yg sy dh cbe n amek name dr Cik Mat..harap diizinkan..

awal masak ye..sy keje..pg td srapan roti tlo je..kne tggu malam br bleh masak utk suami..time lunch tapau suda....ngeee =D

Kak Rose said...

mat oi... kecur air liur kak rose ni.... tambah kalau campur cendawan kukur. perghhhh!

$ue @nim said...

mak aiii.. rase cam nk gi cari je benda ni.. dh lama x pekena gulai lemak jantung pisang.. tp apakan daya, dlm pantang skang ni... huhuhu.. abis pantang, pasti akancuba resepi mat nih...

velasrizal said...

wah jantung pisang feberetku..

Kadar Baru Diskaun Saman Trafik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bermula 1 Disember 2010

Khai Adry said...

salam cik mat wahhhh menarik nyer dan nampak lazat lah masak lemak cili api jantung pisang tu .... teringat pada arwah mak saya ...masa saya kecik2 pun dier pun suka masak cam ni ....... kalau lah ari ni dapat masak cam cik mat ni kan best ....

Mat Gebu said...

SALAM UNTUK...

@kak aida..
Kita orang melayu ni senang kan kak, makan ikut apa yang ada diperskitaran terutama sayur2an...pstt jeless tgk koleksi akak tu..boleh pengsan.

@Tasha - wawawaa, macam mana bole hilang tu..ish ish ish..mushkil nihh,,erkk tag yeaa. ok...

@madiha - tak pernah dengar dan tak pernah jumpa lagi kak benda tu..wahh ini benda baru pada saya..nak kena siasat ni.

@qaseh - terima kasih sudi singgah blog DTS, silalah cuba apa yang berkenan di hati.

@ kak rose - betul2, tapi sini payah laa nak dapat cendawab tekukur tu, sebab pokok getak tak de dah, semua dah ganti dengan sawit..huhu.

@ sue - oo berpantang yea, takpe lepas tu nanti boleh mencuba yea..

@velesrisal - yeaa feberet ku juga..

@khai adry - Al-fatihah untuk arwah bonda encik khai, hmm masakan ibu tiada tandingan kan..selamat hari lahir juga yeaa..

Ayu said...

salam che mat,
akak hari ni pun masak jantung pisang lagi resipe che mat!!..gulai jantung pisang dgn udang tu..tapi tak letak tempoyak..tak reti makan tempoyak..heheh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Salam
owh letakcekur ye?mesti wangi bau dia,tq ye utk resipi ni

MisS NaSiHa said...

salam cik mat..sedapnya tgok..rajin sgguh nooo...baguih2..t bg resepi puding2 baru bleh??hehhe..tq :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.