BEN ASHAARI

Tuesday, December 7, 2010

KARI SEMBILANG vs ASAM PEDAS SEMBILANG

P1240368
Assalammualaikum, selamat tahun baru Hijrah 1432 pada semua umat Islam. Kalau tengok tajuk N3 je, masing2 mesti dah kata..huhh, menu sama jeee..apa nak buat, dah tu je mat masak. Ok mat mulakan cerita, mat gebu ni duduk dengan family, dok dengan mak ayah, jadi kita kena sedar diri lah, mat masak ikut selera apa yang mereka nak..jangan bantah (tapi aku ada kala bantah jugaaa...erkk..dosa..dosa). Macam ikan sembilang ni, fresh from the sea lagi. Semalam abg mat yang no 3, dia pi mancing dan hangkut balik hampir 2 kg ikan sembilang. Satu ekor mat cilok dan masak kari macam kat atas tu....jangan risau mat gebu guna susu cair, tak guna santan...Ehem..ehem, ada tak baca segmen baru BA...pasal cari Jodoh..erkk..kat sini.... sabau je aku si ben nihh...hehehe..

P1240370
Dann selebihnya, mat diperintahkan supaya dimasak asam pedas (aku sendiri macam nak pitam tergolek kat dapur bila dengar menu tu..huh), ok lah bila dah suruh jangan banyak hal, buat je sebaik mungkin.. Oh yea, terima kasih pada bonda tercinta, sebab ikan2 ni semua dia yang kasi settle siang, perap dan cuci bersih. Mat gebu tolong juga...tolong tengok..haha, keji tak aku?. Hampir 2 kg ikan tu mat masak semua (termasuk menu kari)...banyak kan?..Tapi bila dan bagi pada abang mat, jadi yang tinggal tu cukup lah untuk kami.. Tapi kan serius cakap tekak mat macam tak lalu dah ikan ni, aku rasa macam nak makan sardine lahh..hmmm..

KARI SEMBILANG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang saiz sederhana besar
1 biji terung kari
1 biji tomato
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna rempah baba's)
1/3 cawan susu sejat "IDEAL"
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 camca teh halba campur
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
3 tangkai daun kari, diasingkan dari tangkainya

BAHAN TUMBUH HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1/3 inci halia
1/3 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah enam dan rendam dalam air bergaram. Tomati dibelah empat. Rempah kari dibancuh dengan 1/3 cawan air, kacau rataKetepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan tumbuk halus dan kacau hingga terbit minyak. Masuk rempah kari dan masak hingga rempah garing.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah terung, tomato dan asam gelugor. Masukkan ikan, perasakan dengan garam dan secubit gula. Bila ikan hampir masak, masuk susu cair dan kecilkan api. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

ASAM PEDAS SEMBILANG ....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan sembilang saiz sederhana
2 cawan cili kisar
1 cawan jus asam jawa
2 genggam daun kesom
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh lada hitam biji
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
1/2 inci lengkuas
1/3 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang disiang, cuci dan perap dengan garam serta jus limau nipis selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Daun kesom dicuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, daun kesom dan jus asam jawa, kacau perlahan dan biar masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
CATATAN MAT GEBU :- Terpulang pada anda samada nak letak sayur lain dalam kedua2 masakan di atas. Asam pedas tu nak tambah bunga katan pun ok, tak de masalah. Kari tu pun sama nak letak kacang bendi ke, semua boleh..Selamat mencuba untuk semua... ;-)

10 comments:

m i m i said...

abg Mat Gebu., saya join segmen cari jodoh tu. hehehe

Eda said...

sedapnyee...ske asam pedas..klau lunch hour slalu amik lauk asam pedas...sgt kaw2..=)

bleh try sendiri nih..hihi

chiks chot said...

adoi..kat sini nk dapat semilang fresh bukan main susah lagi abg mat..sedap nmpak asam pedaih ngn gulai tu..dan dan lapaq semilang lak ni...

phreak-id said...

sembilang? susah nak dapat tu. tapi kalau dapat, memang meleleh air liur..

Terbaru >> 1) [Part 1] Nokia Ovi App Workshop 2) Bila Aku Marah + Penat + Lapar! 3) Encik Polis.. Kat Mana Nak Parking Kereta?

Neny said...

bestnya kalu jadi ahli keluarga mat!!! ada kari, ada asam pedas satu meal time. Ko mmg rajin la mat...sejuk perut mak mengandung....

ummie said...

dua2 resepi tu sedap..untungnye mat gebu mkn ikan2 fresh lg.. makin gebu laa...hehe...

hudahazwani said...

salam..DTS..huda jalan2 terjah kat sini..sedap tu ikan sembilang..nyam..nyamm..nyamm...cube la wat babat masak cili api pulak..hehehe..

saje bagi idea..



http://hudahazwani.blogspot.com/

Sis-Lin said...

dua2 feberet aku..ikan sembilang mmg hantu aku klu makan..lg klu masak pecel.adehhh meleleh atas bawah mat oiiiiiiiiiii...huhuhuhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Abg Mat Gebu..bestnyer resipe asam pedas ni..LM mmg hantu asam pedas.

zai mohd said...

aduuhh abg mat..terliur lak tgk kari semilang ni..feveret tu.. dulu slalu mkn kt gerai tepi sungai parit buntar..tp la ni dh dok kl x merasa dh..nk cr semilang bkn senang la ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.