BEN ASHAARI

Thursday, December 23, 2010

IKAN TUNA TAUCHO BERSANTAN.

P1240648
Salam petang semua, waa, pening palaa laa..pening laa.. Dah makan tengah hari?, Kali ni mat share satu resipi yang biasa juga, tapi nampak je macam sedikit luar biasa..eh ye ke luar biasa, tak pun kann, biasa2 jeee. Kali ni mat masak ikan tuna atau ikan tongkol. Selalunya ada ikan tuna putih dan ikan tuna hitam kan, kalau dapat guna yang putih, sebab isinya lagi sedap. Resipi yang ni mat masak 1 ekor saja, saiz sederhana. Santan pun guna sikit je dalam 1/2 cawan. Masak dia senang sangat. Campak2 jee pun jadi, tapi campak dekat2 laaa....eh ngantuk gila, nak tulis n3 pun tak larat, hmm tapi kan tu lah mat dah banyak kali tulis, aku ni pantang tidur siang, memang tak boleh, tak suka laa, nanti hangin satu badan, nak marahh jee...tak elok lah kan macam tu..huhu.. Ok lah mat tulis resipi mudah ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tuna@tongkol putih (boleh guna ikan kembong atau tenggiri)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1/2 cawan santan
1 camca besar taucho
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
2 camca besar jus asam jawa
Garam (jika perlu) dan secubit gula
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan, larutkan dengan sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna, dikerat sederhana nipis, cuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng tapi jangan garing, cuma embal2 saja (lembap2). Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawag putih dan cili hingga layu. Masuk belacan, sos tiram dan taucho, kacau rata. Tuang jus asam jawa dan tambah secubit gula. Biar mendidih.
  3. Tuang santan dan bila mendidih, masukkan ikan. Masak hingga pekat sedikit, gunakan api sederhana. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum menghidang..

12 comments:

issnita said...

salam CMG sedapnyer lama dah teringin nak makan ikan bertauchuni sampai mengidam jadinyer CMG buat adusss ngecesss.nak buat tapi org dlam umah tak suka tauchu.kita makan sama cmg leh....

Myra Ayreen said...

wuyohh sodap ...

fyna said...

nyum...nyum....

Lo Song said...

aduhai cik mat..sempoi tapi meletup ni..makan bleh bertambah2.

Ena said...

sedapnya nampak..

nak amik la resepi ni.. :D

akuanakpahang said...

Salam En Mat, tadi aku makan nasi dah tapi lapar semula bila dtg kat sini :( New Entry "Cukup sampai disini sayang..."

mama ju, said...

Aslkm

Nampak seap, nak tiru boleh?

Syafiq Rosli said...

wow..nampak sedap di CMG..huhu

aibaks said...

uih CMG.. leh masuk rancangan zaibo ni.. tak pernah plak rase taucu ngan santan.. camne la rasenye ye..

Suejoshua said...

Fuhhh! sedapppppppp!!! nakkk? ngecek lagi, takde kijer lain ker, pemalas! dalam hati Mat berkata...hahaha

Sya said...

wa...saya mmg tgh cari resepi ni CMG...! Thanks..!!

azrina said...

saya baru try buat semalam..memang sedap...mendapat pujian suami jugak..tq en mat:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.