BEN ASHAARI

Friday, December 31, 2010

GULAI PEDAS IKAN PARI DENGAN REBUNG

P1240796
Salam petang Jumaat, untuk N3 kali ni mat share pulak satu masakan fusion, yelah ni kira masakan gabungan antara masak lemak cili padi, lepas tu ada sedikit pengaruh Indonesia dan baba nyonya. Amacam, pening ke pala?..Kali ni mat guna ikan pari, baki dari mat masak singgang ala Terengganu, yang semalam tu di sini.. Jadi ada lagi sekeping, mat pun gulai lah dengan rebung. Nak sedap ikan pari tu kena salai dulu atau bakar, tapi mood nak salai menyalai belum sampai, jadi ku belasah siaa masak macam tu, eh sedap gak, lembut je isi dia. Rebung tu pulak rebung madu, jadi memang sedap lah kan. Mat letak serai lebih sikit dalam 3 batang macam tu, dan ditambah daun kunyit..hmm harumm satu rumah bila gulai menggelegak. Pasal ikan tu, sapa tak makan ikan pari boleh ganti dengan ikan tenggiri, ikan merah atau ikan kembong...tak de hal punya...Ok jom kita lihat resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari jenis lembut (pari helang)
300 gram rebung madu, dikerat dan kelar nipis2 tapi tak putus
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 inci ubi cekur
1/4 cawan cili padi hijau jenis kampung
1/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat sederhana besar, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, satukan rebung, bahan kisar halus, serai, asam gelugor dan santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan kacau perlahan dan biar ikan masak.
  2. Tambah santan pekat dan perasakan dengan garam, secukupnya dan secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

7 comments:

eqbalzack said...

azam saya tahun 2011 ni nak jumpa Mat Gebu...boleh? hehe

eelobor said...

mula2 nak request ngn mat suh buat resepi udang mentega. cari entri2 mat yang lama punya ada la jugak jumpa resepi lain berkaitan ngn udang bakar & ikan cencaru di sapu mentega bawang putih.

terus suruh wife baca. suruh dia baca, faham, hayati & amalkan. nanti saya nak makan.. hihihi

Mimy said...

Slm... CMG penat jer sy luahkan rase hati tp CMG x ada feedbackpn... wawawawa...... pas2 lebih kurang = dgn yg sy masak pulak tu... sbb 2la lg terasa... apepun kte suka sgt dgn gulai tu tak kisahla dgn ikan ape sekalipun... k

suri solehah said...

salam CMG''

Sedapnya masak lemak..paling tak tahan bab rebung madu..mmg kegemaran walau kdg sakit urat..tp dah rebungnya manis..bapa mertuapun ada tanam rebung madu ni..langsung takdak miang..tu yang senang nak masak tu..

kak ina kl (1) said...

salam dan selamat tahun baru mat. apa azam baru tahun depan?
tak pernah cuba lagi rebung madu ni. selalu masak guna rebung kampung ajer.

Shahazrin said...

cehh...mana boleh lawan DTS... x ble..xble...

Mat Gebu said...

@ eqbalzack - hahaha, tuu diaa..ehem ehem ..

@ eelobor - haha, hadoii sampai macam tu sekali, nanti esok saya tgk ada tak udang, boleh buat udang mentega tu..

@ mimy - hahaha...minta maaf yea, ni baru sempat nak jawab komen, saya dah baca komen mimy tadi di n3 lepas..dah jawab pun...releks yea, jgn marah2 nanti cepat tuuu aa..

@ suri - betullah, saya pernah dgr org lenguh2 tak boleh amalkan makan rebung sebab, rebung ni sejuk..huhu.

@ kak ina KL - hehe, azam biasa2 jee kak, apa yang terbaik saya lakukan tu lah azamnya. Rebung kampung tu lagi sedap kalau dibuat jeruk...selamat tahun baru juga unutk kak ina..

@ shahazrin - haha, rezeki sapa tau, tgk2 tahun depan dah setanding BA...erkk..pengsan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.