GULAI LABU MANIS DAN PELENGKAPNYA..

P1240726
Assalammualaikum, huhh, lewat betul masuk N3, sebenarnya sambil2 tu mat ada buat benda lain, tu yang leceh gila. Ok tadi tengah hari mat masak gulai labu manis campur kacang panjang. Bila dah masak macam tu, maka kenalah menyediakan pelengkapnya, tak lain tak bukan sambal belacan (pedasss punyaaa!!!) ikan masin sepat goreng dan jeruk petai (penggsannnn!!!), ha baru lah ngam, sebenarnya masakan ni juga merangkap untuk bonda berbuka puasa..mat gebu?..hehe puasa juga, tapi puasa yang yok...Oh yea sebelum mat teruskan dengan coretan seterusnya, saya nak me war-war kan blogger "MatJoe" telah menganjurkan contest di blog beliau disini...Hadiah boleh dikatakan lumayan, tapi tak de lah koo dapat kete atau kapal terbang...Apa2 pun sila lah ke blog beliau untuk lebih lanjut...pstt menang esok jangan lupa belanja mat gebu eks..hehe..

P1240727
Tuu dia gulai labu manis, mat masak 1/2 biji saja, lepas tu campur kacang panjang, kalau nak campur sayur lain pun boleh macam pucuk manis atau pun daun turi. Kali ni untuk menambah keharuman dia, mat letak serai dan juga daun kunyit yang disiat2. Lada hitam pun mat letak, sebab labu ni ada unsur2 sayur sejuk, bila ada lada hitam ianya akan menyeimbangkan keadaan sejuk itu, jadi Yin n Yang dia balance..tak senget..hehe.


Bila dah ada gulai labu, sambal belacan kalau tak de, memang tak boleh, kira cacat hidangan tu. Wajib ada sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng dan terakhir ialah jeruk petai, yang ni optional saja, kalau tak de pun tak pe. Nak ngabis kan tulis N3 ni, mata punya lah mengantuk gilaaa...hadoii berair2 sambil sangap tah berapa kali..huhu...pengsann tau macam ni, nak pekena kopi lahhh...hehe..Mat tulis resipi gulai labu dengan sambal belacan saja yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram labu manis, didadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat pendek2
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyti, disiat
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan labu, bawang hiris, bawang putih, serai, serbuk kunyit dan santan cair. Kacau rata dan didihkan hingga labu 1/2 empuk. Masukkan daun kunyit dan kacang panjang. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, serta lada hitam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga labu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain
SAMBAL BELACAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji cili padi siam warna merah
1 inci belacan, dibakar
Secubit gula
1 biji bawang merah, dibakar
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas ke dalam lesung batu kecuali limau kasturi. Tumbuk hingga lumat, hidangkan dengan perahan jus limau kasturi sebelum dimakan...

Post a Comment

22 Comments

  1. Fuiyo . komplit pakej la En. Mat. Sayur lemak labut + ikan masin + sambal belacan. sedapsss.

    Dulu mak saya kalo masak lemak labu dia campur dgn tauge. sedap jugak. rindunya masakan mak. hihi ..

    ReplyDelete
  2. @ kak chik - wawawaaa..idea bagus tu....boleh buat lain kali...terima kasih share idea bonda kak chik tu..

    ReplyDelete
  3. the combination mmg best except the petai jeruk he he.....

    ReplyDelete
  4. wooow...menu yang menyelerakan....terliur dibuatnya...compom mertua lalu tak sedarrr...he..he...

    ReplyDelete
  5. salam..en.mat, teringat petai yg ditapau dulu dr rumah en mat..huh, sgt segar2 dan montel..sedap:)

    ReplyDelete
  6. uihhh... sodappp...

    perut menjerit mintak diisi...
    laporrrr...

    ReplyDelete
  7. Salam En Mat, Pakej yang lengkap resepi 100% drp kampung yang mahal ada petai jeruk tu pergh !!
    New Entry "Segan jugak saya, kalau org main ikut-ikut :)"

    ReplyDelete
  8. wah....lauk feveret ni kalau balik kampung.....sedap2..memang lengkap nie..

    ReplyDelete
  9. @ datin zai - waaaa...datin tak makan petai yeaa. Apa khabar datin?.

    @ mas - tuu diaa, lagi2 lah saya, mak mertua belum ada..hehe.

    @ azila - tu lahh...saya nak bagi lebih..ben tu yg kata cukup..cukup..tapi bau dia..feningg kann..

    @ nurul - saya dah jemu makan, tapi kalau tak dpt rindu juga.

    @ yad'z - erkk..alahh kesiannya..

    @ AAP - Petai jeruk tu mmg mahal kann...

    @ fasihah - betul2 lauk tradisi kat kampung2...

    ReplyDelete
  10. wah..cik mat..tu labu beli kat tesco kulai ker?hehe..sedap2..sambal belacan campur ngan kuinin or pelam masak pun sedap gak..masam yg asli..

    jeruk petai tu camne nak buat?same dengan jeruk biasa je ke..or ulam petai je kot?

    ReplyDelete
  11. @ masrini - hehe, tak yg tu labu econsave, kan tu hari dia jual labu 99 sen sekilo, saya rembat lah sebiji..ada lagi setengah. Jeruk petaii tu saya tgk mak saya buat, mula2 pilih petai yang pejal, rebus dengan kulit dia sekali, lepas tu picit kasi keluar isi dia. Cuci bersih2 isi petai dan isi dalam botol, letak air mineral dan garam secukup rasa, lepas tu tutup dan peram 2-3 hari..boleh juga simpan dalam peti sejuk..

    ReplyDelete
  12. mak gua buat aritu, gua terpaksa menambah 2 kali. gelojoh

    ReplyDelete
  13. Ikan sepat kering tu kan? lazatnya.. makan set macam ni.. tambah 3 pinggan

    ReplyDelete
  14. Lauk kampong mmg selera aku, sedapnyer Mat oi! siap dengan sambalnyer, ulam jeruk petainyer, ikan masinnyer, merana aku kat sini nengok! huwaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
  15. @ iamzulfadli - Tuu dia, memang lauk2 macam ni pembuka selera, lagi2 kalau mak sendiri yang masak..

    @ ana - haha, biasalah , trade mark mat gebu, petai jeruk's..sabau je lah.

    @ hann - ha ah, sepat kering, kira memang ngam lah kan..

    @ sue - Sabau sue, tapi kalau aku kat tempat koo, merana gak sikit2..hehe...

    ReplyDelete
  16. slm perkenalan bro mat..


    fuhh meleleh air liur tgk menu nih..

    anyway sy pollow this blog eh..

    ReplyDelete
  17. Resepi jeruk petai dah tulis. Tunggu cari petai saja ni :)
    Ayaq lioqku dah melelehhhh

    ReplyDelete
  18. Salam Mat,

    terima kasih kerana tolong promote my contest dalam entry you. sangat terharu. alhamdulillah saya punya income blogging dah lebih rm500 yg mana memang x pernah impikan utk bole dapat. mmg x kish nk keluarkan separuh utk buat contest

    tengok jer dah meleleh. yummy

    ReplyDelete
  19. cukup lengkaplah, kalau masak lemak lawan ngan ikan masih,sambal blacan. mg...suke ah makan camneh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.