BEN ASHAARI

Saturday, December 25, 2010

BOK CHOY CELUR BERKUAH DAGING

P1240687
Cakkk..erkk lepak jeee..tak jalan2 ke ni hari, mat tak pi mana2 pun, malas laaa, panas, lagi pun kan tak suka tempat yang orang bersesak2. Kali ni dah ok, sebab N3 tengah hari tadi kan aku HOT...berasap2 satu badan..huhh!!... Petang ni share resipi mudah, cepat dan sedap...tapi syaratnya kena hidangkan lepas dimasak, baru ngam. Sebenarnya mat nak guna ikan masin, tapi tak de pulak, ganti lah daging dalam 100 gram macam tu, mat hiris nipis2 dan hiris lagi panjang2. Kalau anda nak guna daging ayam pun ok, yang ni guna daging lembu pun rasa sedap, yang tak boleh makan, ganti lah dengan apa2 yang anda rasa ok, ikan bilis pun sedap juga, tapi kena lah goreng garing dan tabur kemudian sebelum dihidang....((insya allah kalau sempat nanti mat letak satu lagi N3, malam nanti, sekarang ni nak keluar sekejap..jumpa nanti..byee!!)

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 pokok sawi bok choy saiz sederhana
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
Sedikit air
100 gram daging batang pinang, hiris nipis, gaul dengan halia tumbuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi dicuci bersih, belah dua dan toskan. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak. Celur sayur tadi kurang lebih 1 minit. Toskan dan susun dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan minyak bijan, dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah daging dan gaul rata. Masuk sos tiram kacau dan tuang sedikit air.
  3. Bila daging empuk, rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api, curah atas sawi tadi dan hidangkan segera...

7 comments:

whitecappuccino said...

SSSeeedapppp!

fara dean said...

sedapnyaa..
ada daging plak tu..

akuanakpahang said...

Salam, datang tengok resepi best anda :)

New Entry "Sabtu, minggu kena tutup kedai :)"

mk andak said...

salam mat gebu ni tak lokek resepi le semuanya ada

Mat Gebu said...

@ WC - Sedapppp...senangg...mudahh...

@ fara - boleh juga ganti dengan daging ayam, udang dan sotong (derhaka nya jenis).

@ AAP - terima kasih tuan sudi singgah dan tinggalkan jejak.

@ mk andak - sama2, pada saya ada ilmu sedikit baik kita kongsi kan, untuk generasi muda dan anak2 masa depan..erkk, yea tak yea jee aku nulis macam tu..hehe.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

resipe yang amat menyelerakan..rugi mak mertua tak datang doha..klu tak mesti LM jamu dengan resipe CMG hari2..hehe

adania said...

owh.. sy amat suka sayur ni.. biasa kalo kat pasar sy pilih yg comel2 je dan segar.. em, tp sy wat simple just potong kecil2 bawang putih.. tumis dengan minyak bijan sampai naik bau n lastly tambah air rebusan ayam(guna kiub ayam knorr je) dan pekatkan dengan air tepung jagung sikit.. hehe =).. tadaaa.. siap boleh tambah cili merah potong kalo suka pedas..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.