BEN ASHAARI

Tuesday, November 16, 2010

UDANG & IKAN GORENG TEPUNG....CERITA "TOUCHING"..

P1230900
Salam pagi Selasa...Bagaimana anda hari ni, semua ok, mat gebu alhamdulillah, sihat seadanya, tapi tatau lah kan esok lusa, kalau blog DTS ni tiba2 tidak bersiaran lama, tanpa ada apa2 khabar berita, itu menandakan mat gebu telah lenyap, mudah2an ku dipanjangkan usia yea. Sebelum tu nak cerita, malam tadi tiba2 ada cerita "touching",perasaan ketat mat gebu agak terusik, bukan apa, masa mat membaca N3 jiran sepagar DTS, tiba2 rasa sebak, dan tersentuh, yelah mat gebu pun ada juga perasaan, apa ko ingat aku ni tiang letrik ke..haha, tapi serius lah, ianya agak menginsafkan bagi mereka yang sedia kala dilahirkan mewah, senang dan tak perlu bersusah payah dalam hidup...bagi yang belum tau, try klik sini... dan baca yea...

Ok, dah lepas touching matching bagai kita berbalik pada resipi kali ni, alah hai tak payah cerita pun semua dah tau kan. Semalam mat cuba lah goreng ikan salut tepung..lepas tu udang..dan ada baki sikit, aku belasah goreng tauhu pulak, semua celup telung. Tapi kan ikan salut tepung tu sedap lahh, kena makan panas2 baru sedap, ianya rangup diluar dan lembap dan lembuutttt di dalam..awwww...hahaha, udang tu pun sama..tapi seperti biasa, ubat gatal harus ada lah, sebagai langkah berjaga2.. Ok mat tulis resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong batu (jenis kembong berbadan kontot sikit)
12 ekor udang besar, saiz sebesar ibu jari
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
100 - 150 ml air (kurang lebih)
1 batang serai, hiris halus*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan, udang dikupas kulit tapi tinggalkan ekornya, belah bahagian belakang dan buang urat, cuci bersih dan toskan.
  2. Satukan tepung dengan bahan tumbuk halus, telur dan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dibancuh hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, kemudia celup udang tadi dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, kemudian celup pula ikan dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili...

2 comments:

BLADE EDGE said...

salam...


haaaa.. ni mmg best!

cek chun said...

Walaweiii. Memang ikan kembong greng tepong peberet sya ler. Kalau ikan fresh bru naik dari laut, ni la menu utamanya. Lepas tu ratah mengalahkan kucen :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.