BEN ASHAARI

Wednesday, November 17, 2010

SAYUR LODEH....GAYA MAT GEBU.

P1230931
Pernah kan makan sayur lodeh..Hmm ni benda2 yang teramat biasa sangat2 kalau time2 raya. Bila makan dengan ketupat dahh jadi lontong. Nak meriah lagi letak telur rebus, serunding dan sambal tumis atau sambal kacang. Ada banyak versi lodeh yang mat tau, ada tu ditumis, dan dicampur udang hidup dan sebagai nya, tapi mat buat ala2 masak lemak biasa saja, cuma ditambah serai dan lengkuas yang dititik. Sedikit serbuk kunyit dimasukkan sebagai penaik seri. Mat cuma guna udang kering sebagai perencah. Tapi kan kalau nak dapat lodeh yang agak pekat, soo hoon jangan direndam, cuma kerat, dan cuci sedikit bawah air paip dan toskan dan masukkan dalam sayur tadi, kacau rata dan biar soo hoon kembang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai kacang buncis, hiris serong
2 keping tauhu keras, dipotong kiub
2 keping fucuk, kerat dan rendam hingga lembut
1 biji lobak merah siaz sederhana, potong jejari
1 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong jejari
1/4 biji kobis bulat, hiris
2 keping tempe, potong kiub
1 cekak soo hoon, kerat pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1/3 camca teh serbuk kunyit
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air secukupnya jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan santan cair, hirisan bawang merah, bawang putih, serai, udang kering, lengkuas serta serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan sengkuang, tempe, lobak merah dan fucuk (toskan dahulu). Jika kuah kurang, boleh tambah sedikit air.
  2. Bila sayur sedikit lembut, masukkan kacang buncis dan kobis tadi, kacau rata dan tuang pati santan. Bila mendidih masukkan soo hoon, dan perasankan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Masak sekejap dan dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi impit...

1 comment:

Peri PiA said...

suka sayur lodeh :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.