BEN ASHAARI

Monday, November 22, 2010

PANAS!!....BEN ASHAARI MENIKAH LAGI!!!.....

(GAMBAR EHSAN EN. GOOGLE)

Wahh...panas2 berita tu, xclusive hanya mat gebu yang tau...haha, nampak tajuk N3 tu...Erkk, matilah mat gebu lepas ni kena khutbah dengan Ustaz Ben. Releks, bawak bertenang dan bersabar. Sebenarnya hari ni 22 hb November 2010 ialah ulang tahun perkahwinan Ben Ashaari dan Puan Azila yang ke?...uikk, lupa pulak, kalau tak silap yang ke-2 kot. Jadi mat ingin ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan, moga anda berdua bahagia, aman sejahtera hendaknya, dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah kelak, insya allahh. N3 ringkas ini mat akhiri dengan pantun.....(sedikit pembetulan..."Puan Azila kata, exceli semalam 21 hb adalah ulang tahun perkahwi
nan mereka...erkk, don blame me ok, Ben yang salah!..)

MANGGA MUDA DIBUAT KERABU,
KALAU MASAM TAMBAH LAH GULA,
UCAPAN SELAMAT DARI MAT GEBU
UNTUK BEN ASHAARI DAN PUAN AZILA

ANAK PAK UDA BERNAMA KARMILA,
AYU DAN MANIS DUDUK DI DESA,
DOA KAMI BUAT BEN DAN ZILA
AGAR TERPELIHARA OLEH YANG ESA

CUCU LAKSAMAN BERMAIN MATA,
TAPI SI DARA TAK KENAN JUGA,
SULAMAN KASIH BERBUNGA CINTA
MOGA IKATAN KEKAL KE SYURGA..

BURUNG NURI PANDAI BERKATA,
TAPI SAYANG JIWANYA LARA,
AMPON DAN MAAF MAT GEBU PINTA,
JIKA ADA TERKASAR ADAP BICARA...

11 comments:

aima in luv said...

hehe,, saspen je tajuk kan kak..
Tahniah to En.Ben..
happy 2nd anniversary....

daisy sue ben said...

selamat pengantin baru yg lama...amin

cplud miera said...

thniah en ben. moga berkekalan ke akhir hayat ;)

azila said...

salam en mat..tq..tp tarikh anniversary sebenarnya 21 Nov 2011..hehe..btw, tajuk entri pagi ni boleh buat si isteri masuk hospital neh..ehhhe

mokjadeandell said...

Bila baca tajuk entry...berdsssssp jantung.Auntie cukup alergik dengar dan tengok orang kahwin 2,3,4.banyak sangat cerita sedih.
Anyway,happy 2nd anniversary.Semoga aman damai hingga akhir hayat.

BEN ASHAARI said...

terima kasih semua... terima kasih mat... semoga mat juga bahagia dalam perkahwinan mat.. eh.. kawin dah ke ?

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaa....baru akak tauu..! Macamana ko boleh merisek2 dapat tarikh nih..hehee...Xpa laa, akak tumpang berpantun jugak la tuk diaorg berdua...

PAK MAT BERKENDURI NASI BERIANI
HAJAT NAK TOLONG SI FAKIR MISKIN
CANTIK DAN SEGAK PASANGAN INI
MOGA DIKURNIA ZURIAT SECEPAT MUNGKIN

BERPIMPIN TANGAN BERJALAN PERLAHAN
PENGANTIN MENUJU KE SINGGAH SANA
KALAU NAK TAU RESEPI KEBAHAGIAAN
SABAR DAN TOLAK ANSUR KUNCI SEGALANYA

Hehehee..ok la tu kot...

"MULAN" said...

oowwhh.. sunggoh saspen..

Hariz said...

Selamat Ulagtahun Penganti Cik ben :)

mrs Gee :) said...

hihik.. gempak tul.. anyway.. selamat ulangtahun.. semoga bahagia bersama akhirnya..

Kalamhati said...

hihihi kus semangat den..sasepen btoi..pe2 pun kita doakan yg terbaik utk En Ben kita..semoga terus bahagia dan diberkati Allah rumahtangga mereka berdua..amin

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.