BEN ASHAARI

Tuesday, November 23, 2010

KEK PISANG KAREMEL.

kek 1t
Salam petang semua, terlewat sikit masukkan N3, niat hati nk masukkan 1 atau 2 saja, tapi sebab dah buat, mat letak saja lah. Hmm sebenarnya tak terniat nak buat kek ni tadi, tapi terpaksa juga mat buat setelah melihat pisang tak bersentuh, dari terbuang baik kita buat sesuatu. Pisang ni sejenis buah2an yang memberi instant energy atau tenaga segera. Pisang juga boleh dibuat minuman kesihatan untuk menambah tenaga, tapi kan mat tak pernah buat. Cuma tau saja lahh.

kek 3
Resipi ni asalnya dari Yani. Mat pernah buat dulu sekali, rasanya tak manis dan lemak2 harum dek gula hangus dan pisang. Mat guna pisang embun. Kek ini teknik dia agak berlainan sikit dari yang biasa, mat tak derhaka dalam membuatnya, ikut semua seperti yang disyorkan dalam resipi asal. Ok mat letak resipi dia yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
90 g gula pasir
50 ml minyak jagung/masak (mat guna mentega cair)
2 biji telur gred A
1 biji pisang embun/montel
30 g gula pasir + 1 camca besar air*
2 camca besar air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C,Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingga gula hancur. Angkat dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata.
  3. Tuang pisang + karamel tadi dan gaul hingga rata. Curah dalam acuan dan bakar 30 - 35 minit hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong. Simpan semalaman untuk mendapat rasa yang lebih sedapp...

11 comments:

Iron Lady, Lisa said...

tgh2 hujan ni, syok nye kalo dpt kek pisang tu dgn teh o panas! serious terliur ok. hehe =D

izahdaut said...

ha ah..memang lain betul teknik buat kek ni..tak pernah lagi buat kek teknik cam ni...texture dia gebu ke padat kek ni cik mat?

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaa...sodap n terliurrrr...tp kalau org ada diabetis, terus xleh makan pisang la Mat kan...akak ni, so far so good laa, tp elok jgk kalau dikureengg2kan pisang ni seblm terkena..huhuu

eqbalzack said...

salam tuan!

Saya calonkan tuan untuk 'BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010'...
tanda sokongan saya terhadap resepi2 tuan yang lazat2 tu...hehe

fara dean said...

salam.
mmg mantoPP..
cantik je..

miszlullaby said...

nampak sedap.boleh cube nnti ni.
terima kasih cik mat sebb follow saye.berbesar hati sgt2.=)

Mat Gebu said...

salam iron lady...
Yeaa betulll..tapi saya jamah sikit jee, maklumlah dah gebu kan..

salam izahdaut...
Tekstur dia kan sederhana, tapi lembap...eh izah yea yg menang GA blog rima..wahh tahniahh..gojess acuan tuu, harga kalau beli pun 100+ rasanya..

salam kak ummi..
Tulah kak, saya makan sehiris je, lain dah pi bagi anak2 buah..langkah berjaga2, sebab saya ni kan sweet dah, banyak madu..hahaha..

salam eq...
Wahh, terima kasih, layak ke DTS ni, cuma blog masakkan cikai2 saja..

salam fara ...
Boleh try nanti yeaa...

salam misz...
Sama2.., dan terima kasih juga sudi singgah, kita blogger ni sama saja..tak de beza, cuma isian blog saja yg berbeza.

K.Nor said...

k.nor pun plan nak buat gak something dgn pisang yg duk tersadai atas meja tu.. esok la kut hehe

Sya said...

Waa...CMG! Cerita pisang lagikkk! Wuwuwuw....nak kena beli pisang lah esok!

Mat Gebu said...

salam kak nor..
Kek ni kan, kalau lepas 1 malam lagi sedap. dia jadi lembap..

salam sya...
Hahaha, pisang malang, dari terbuang, buat lah benda yang boleh menaikkan taraf si pisang tuu..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam,

tu dia...memang cik mat kita nie byk resepi...

menjadi sungguh..terbaik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.