BEN ASHAARI

Monday, November 8, 2010

KARI IKAN ALA NYONYA..

P1230661
Salam petang Isnin semua...amacam, dah ok ke?...mana2 yang keciwa tu harap2 dah makin pulih, yang muka ketat pun mesti dah longgar sikit kan, ehh tak kiut tau muka ketat2 ni, buruk!! Tapi apa nak buat muka ketat ni pun bukan kita mintak, dia ikut perasaan kan. Ok petang ni share satu lauk ala2 peranakan punya. Ni kira fusion lah, antara kari dan masak lemak. Mat ada letak bunga kantan tau dalam dia, tapi tadi lepas ambik gambar boleh tak perasan tak letak sama kat dalam mangkuk baba nyonya guaaa...hehehe

P1230660
Kali ni mat guna ikan pari dalam berat 1 kati atau 600 gram, nak guna ikan lain pun boleh, ikan tenggiri, ikan merah, ikan kachi, ikan jenak tak pun guna ikan kurau...pun sedap. Sebenarnya kari mereka ni kurang pedas. Mat cuma letak saja resipi, kalau sesiapa ingin mencuba, itu terpulang atas kebijaksanaan masing2, samada nak tambah lebih cili ke, atau tang sayur tu nak letak bendi pun ok, tak de hal punya...Sebelum mat tulis resipi dia, mari kita berpantun dulu...

NYONYA MUDA BERKEBAYA KASA,
BERKROSANG INDAH DARI SUASA,
KALAU BERHAJAT INGIN MERASA,
BOLEH MENCUBA TAPI TAK PAKSA

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari segar
1 biji terung biru
2 keping asam gelugor
7-8 biji tomato ceri
1 liter santan cair
200 ml pati santan
1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
2 batang serai, dititik
2 camca besar penuh rempah kari ikan
2 camca besar cili kisar
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong sederhana besar, perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung, dibuang sedikit kulit, belah dua dan kerat ikut suka dan rendam. Bancuh rempah kari tadi dengan bahan2 kisar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bancuhan serbuk kari tadi dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masuk ikan dan terung tadi (toskan dahulu). Kacau dan bila terung sedikit lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Kacau dan biar mendidih perlahan. Akhir sekali masukkan belahan cili hijau/cili merah dan tomato ceri. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api..

5 comments:

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..hari2 kari apapun tetap menyelerakan ..ni yg maleh ni perut dh lapolah pulak..mintak semangkuk..

LugieAmir said...

sALAM CMAT. saya dok tenooong je kari C.Mat ni!!!sambil telan air lior!

Ummi said...

Hehee..akak beli la pantun mat tu yeaa...hehee

BANYAK IKAN MATI DITUBA
BURUNG PULA DIGILIS TRELER
NAMPAKNYA RUGI SESIAPA TAK CUBA
KALAU TAK BUAT MEMANG TAK MERASA LER

Eyriqazz said...

nyam2,tengok pun dah nampak sedap..bilala dapat merasa masakan mat gebu ya..masakan kak ina sudah dirasa,marvellous..mat gebu punya masakan tentu mantap juga...

hasrul hassan said...

Salam ...
hmm kari pari? aiseh saya belum pernah mencuba lagi... walaupun saya gila masak kari.

Hari ni saya bagi entri ttg petua2 berkaitan kari .. leh tambah kalau nak ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

Petua sendiri je .. kalau fikir ada tak betul dan nak konsgi bolehla singgah dan komen.

Terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.