JEMPUT-JEMPUT UDANG....AIR TANGAN BONDA

P1230488
Salam Khamis semua, dah sarapan ke?..Hari ni cuma letak N3 jemput2 udang, bukan dari air tangan mat gebu, tapi dari air tangan berkat bonda patik. Walaupun jemput2 biasa, tapi disebabkan air tangan seorang ibu, rasanya sungguh berbeza. Perkataan "jemput-jemput" itu sendiri menunjukkan cara ianya dibuat, dengan kaedah menjemput guna jari yang dibasahkan dengan sedikit air untuk melicinkan kejatuhan adunan tadi. Cuma perlu berhati2 takut terpercik minyak panas. Alternatif lain boleh juga guna sudu...

P1230490
Jemput2 ni cuma bahan asas saja, tepung, udang, hirisan bawang, cili hijau dan daun sup serta sedikit baking powder. Telur tak letak sebab ada yang tak gemar rasanya bila jemput2 sejuk. Kebiasaannya, orang2 kita disajikan jemput2 sebagai sarapan pagi atau minum petang. Sedap dimakan dengan sos pilihan, tapi bagi mat dah semestinya lah sos cili "LIFE", my all time favourite...hehe, ok akhir kata, salam sayang dari DTS - Mat Gebu. Jumpa nanti dengan N3 lain pula...Terima kasih juga buat Bonda , Puan Jamaliah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum*
3/4 camca teh baking powder*(*diayak)
1 cawan isi udang, saiz sederhana
2 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun sup, hiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam dan air, gaul hingga semua rata. Masukkan sedikit garam, tuang air sedikit demi sedikit, sambil dibancuh hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat, kiranya boleh dijemput dengan tangan. Rehatkan 10 minit
  2. Panaskan minyak dalam kuali, dengan menggunakan tangan yang bersih, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, berhati2... Buat 10 - 12 jemput2 sekali goreng. Kemudian goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.
  3. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat hingga adunan habis. Hidangkan bersama sos kegemaran sebagai sarapan pagi atau minum petang...Selamat mencuba...

Post a Comment

14 Comments

  1. CMG,
    apa² pon yg bonda masak, sumenyer sedap....

    ReplyDelete
  2. Mat Gebuuuuu...mekasih yer bagi idea kat ibu mengandung pemalas macam Lisa ni....yahuuuu..petang ni leh buat cekodok udang....

    ReplyDelete
  3. Salam CMG...air tangan BONDA....tak ada jual di mana-mana.....Salam Sejahtera buat Bonda Mat ya!

    ReplyDelete
  4. kalau la kat asrama boleh masak ini kan sedap!

    ReplyDelete
  5. tiada tandingan kan air tangan ibu....

    ReplyDelete
  6. ish3x.... apsal ek! asal saya masuk blog ni jer, saya telan air liurrr..
    tgk gambo jer tu, blum real depan mata...

    entry terbaru "aku dan 3 lelaki"

    ReplyDelete
  7. Salam Mat,
    Sedapnya pekena air tangan bonda sendiri...walau jemput2 dah tau mmng sedapnya lebihkan.....alamak rindu terus pada bondaku...baru minggu lepas balik kmpng ni....rindu masakan bondaku juga....

    ReplyDelete
  8. jemput-jemput pakai sudu tak bolat...

    ReplyDelete
  9. oo Mak Yah yg buat ke Mat...
    rajin Mak Yah ke dapo..

    aku ni klu di Jemput makan boleh la..klu nk bt jemput-jemput malasss..hahahhaa

    ReplyDelete
  10. salam..
    alhamdulillah sihat lagi mak cik mat ye..
    klau mak masak semuaanya sedap kan..tu yg berkat tu..

    ReplyDelete
  11. Salam Cik Mat..

    owh baking powder diayak ek..saya main campak je slalu kalu buat..hehe

    anyway, ilmu baru ni..tq so much!musim2 ujan ni sodap makan cucur..hehe

    ReplyDelete
  12. mcm saya...tepung gandum & baking powder tu saya gantikan dgn tepung naik sendiri (blue key)...

    ReplyDelete
  13. incik mat gebu, makanan itu nampak sgt indah!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.