BEN ASHAARI

Wednesday, October 20, 2010

TAK GLAMOUR....TAPI MENJADI PILIHAN.

sambal bilis tamban
Assalammualaikum..Hehehe..tak galmour tapi menjadi pilihan..Ha apa tuu makna dia, sah2 lahh ni hari nya masakan... Sebenarnya mat saja masukkan N3 buat memeriahkan majlis, tak lebih dari tu. Alaa, masakan macam dalam N3 ni, sah2 ada yang kata...waa dah musim singgang dan masak asam rebus pulak kee...Kang aku letak yang bersantan, bermentaga, ada pulak kata mat gebu ni makan yang kerabat di-raja jee. Atas tu sambal bilis tamban, nama je sambal tapi sebenarnya ikan bilis tamban digoreng bersama cili hijau, belacan, bawang dan sengkuang. Yang ni lauk wajib masa zaman dulu, masa arwah datuk mat pergi berburu rusa atau harimau. Sampai sekarang menjadi hidangan kegemaran bonda dan abah mat. Pada mat lah, kalau nak lagi sedap sampai boleh penggsann, letak tempoyak sikit, kalau ada petai lagi laaa sedap..pitamm terus!

asam rebus nenas
Yang ni...tau tak masak apa?...Pandainyaaaa....ni lah nama asam rebus, alah femes ni kalau time2 demam, tak sedap badan atau mereka yang tekak mual, loya dan..dan..dan...yang tu sendiri sambung laaahh. Tu hari asam rebus terung, ni hari asam rebus nenas, guna ikan masin yang sama, iaitu ikan masin cekik leher. Nenas pilihan mat gebu semestinya nenas "MADU", ada yang kata, mat gebu ni suka madu..yesss..memang mat mengaku, madu elok untuk kesihatan, tak caya, pi tanya suami masing2..."Abang Bidin suka "madu" tak?"..sah2 mereka memberi senyuman semanis madu juga...hehe..


SAMBAL BILIS TAMBAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan ikan bilis tamban
1/2 biji sengkuang saiz sederhana
6 - 7 biji cili hijau, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1 1/2 inci belacan, dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/3 cawan jus asam jawa
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek, rendam hingga lembut
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis tamban, dibuang sisik, belah dua dan buang tulang tengahnya. Rendam. Sengkuang, dikupas, potong dadu sederhana besar, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu, masukkan ikan bilis tamban, belacan dan jus asam jawa. Kacau dan tambah sengkuang (toskan). Masak dengan api sederhana hingga sengkuang lembut sedikit, tambah air jika perlu.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah soo hoon (toskan). Gaul dan masak sekejap hingga kelihatan kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

ASAM REBUS NENAS....


BAHAN-BAHANNYA
1/2 biji nenas madu
4 ekor ikan masin selar kuning @ ikan cekik leher
1 helai daun kunyit
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
2 keping asam gelugor
2 biji cili merah*
4 biji cili padi merah*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk, tambah air secukupnya. Jerang hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan masin, asam gelugor, nenas dan juga kiub ikan bilis. Masak dengan api. Masukkan daun kunyit, tambah secubit gula. Rasa dan jika perlu baru masukkan garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

9 comments:

anymz said...

Ya Allah cik mat oi,terliur betul nengok ni..ada ikan masin.hadoi..
ni baru lepas masak sup daging pedas cik mat nih..memang super power..buh lada api bebanyak..:)

Sis-Lin said...

ala mat..x kira le glamer ke x glamer jnji kenyangggg...
aku lg suke,mkn dgn nasi ltk kicap lada ijo..tp skrg tgh dietttttttt...huhuhuhuhu

CikGu NOr said...

saya memang suka makan asam rebus ni..leh bertambah nasi..

Melati Qistyna's Mummy said...

hehehe, sambil senyum ngan tergelak baca n3 cikmat neh... tp kan yg bab ikan tamban tuh, perggg..... mmg mabeles.... mkn lak ngan nasi panas2, bertambah2 nasi... :)

Idaman Hati said...

aduh.... CMG nampak asam rebus nenas teringat kat arwah mak saya memang suka masak ni. Dah lama tak perkena. Rasa macam nak cari ari ni gak.... dah terliur sangat

Yaati Nor said...

mcmn nak tahu ikan bilis tu ikan tamban..sedapnya..en mat nnt buat la sambal jawa yg ada soon, tempe dll..mcm lauk ikan bilis tu jugak..saya bukan org jawa tp suka sambal jawa tu..nak wat xde petua..huhuhuhu

NisaUsoff said...

raya hari tu makcik masak mcm ni gak... tp dia letak santan n belimbing buluh... sangat la sodap tak terkata huhu

Yatie said...

Salam Mat,
Sebenarnya lauk mcm nilah yg menjadi kegemaran akak dan suami tau...cuma saja je tak n3...padahal akak kerap masak lauk asam rebus mcm ni.....sedap betul hirup kuahnya....maunya tersedak2 di buatnya....tapi masakan Mat mmng menariklah...kecur betul...

Tihara said...

asam rebus ni msakan Johor kan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.