BEN ASHAARI

Friday, October 15, 2010

SARDINE PUFF

Sardine Puff
Assalammualaikum...Selamat pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Pagi ni nak share satu lagi resipi dan teknik membentuk puff pastry. Sebenarnya tu hari mat ada jalan2 ke blog Yani. Kalau anda semua nak tau, Puan Yani ni lah pemilik "MyResipi.com". Masa mat belum ada blog dulu kan, kat situ laaa aku melanguk sambil pos segala N3 masak2. Kira myresipi tu banyak berbakti dalam mengukuhkan tapak blog tiffinbiru ni. Pada mat tak kira siapa yang pernah berbudi pada kita tak kira apa cara sekali pun, harus kita ingat jasa2 mereka. Terima kasih pada Yani dan teman2 di MyResipi dulu, kalau yang generasi baru ni mungkin depa tak berapa nak kenal dah....Ok, nak tengok yani buat sardine puff, anda boleh klik sini....

Sardine Puff
Masa mat tengok yani buat tu, macam tak berapa nak cam, tapi belek lama2, haa baru lah tau teknik dia macam mana. Benda2 ni kalau kita nak buat kena fikir dan plan dulu, bagaimana nak membentuk. Tapi mungkin cara dia lain sikit kot, hmm, sebab yang ni mat buat dan bakar 20 minit sehingga kuning keemasan, kemudian keluarkan dari oven, buat lubang sedikit dibahagian tengahnya, isi dengan inti sardine....yang tu nanti boleh baca kat "cara membuatnya" yeaa..Ok jom tengok macam mana mat gebu buat, nanti anda semua pun boleh lah mencuba...Oh yea dikesempatan ini juga mat nak ucapkan selamat berangkat ke tanah suci pada Bonda dan Ayahanda Puan Azila (isteri Ben Ashaari), moga selamat pergi dan kembali dan mendapat Haji Mabrur...aminn...untuk Ben juga, berhati2 semasa memandu..Moga semuanya selamat..Insya Allah...

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.
  3. UNTUK SARDINE PUFF :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan sardine puff tadi atas jaringan. Boleh juga ditebur serbuk lada hitam jika suka..

9 comments:

Yani said...

mat.. kaedah saya buat simple je. Amik sekeping pastry puff tu.. lipat jadi segitiga.. pehtu potong kiri kanan. Tempat pertemuan bucu tu jgn potong abih.. pehtu buka semula. Lipat kiri kanan .. macam yg mat buat tu.. pehtu sapu dgn telur pd semua permukaan puff tu. Pehtu kat tengah tu isilah dgn inti sardin... pehtu bolehlah bakar.. saya bakar 20 minit dan suhu 180 degree.

Mat Gebu said...

salam yani...
Waaaa.terima kasih..haha, jgn tatau mat gebu ni kadang kepala complicated.....

ohoeya858.blogspot.com said...

adeh!! deh!!.. makin tak reti oeya ni tgk resepi C'Mat lelama huk3X.. tak mampu la C'Mat nak wat cam awk nih..

K.Nor said...

huhuu bila la nak jumpa pastry puff ni kat ganu.. tak pernah nampak kelibat nya lg kat sini.. dah lama ngidam nak buat puff2 yg mcm2 org duk buat nih..

che mat, post kat ganu 1/2 doz yer.. hehehe

faizwan said...

oooo sedap-sedap puff nih. Satu permintaan En Mat boleh tak buat satu resepi protugis egg tart? ngidam nak buat sendiri nih..

Kak Rose said...

keratip sungguh lah ko ni mat, kak rose nyer kulit puff dah kejung kot dlm freezer tuh.... bila nak rajin nih?

Ummi said...

Waaaaa...dah habis ke Mat...lambat dtg..mesti tinggal kulit puff je tuk akak..isi telor je ok tak..hehe..

atulhani said...

abg mat ni sungguh rajin dan creative la dalam membentuk pastry puff tu! saya pun dah beli stock pastry tu, boleh la buat bila senang nanti...

Alynn Roselina said...

salam mat gebu....sure kita akan cuba jugak kaedah gini....tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.