BEN ASHAARI

Monday, October 4, 2010

RENDANG AYAM KAMPUNG

P1220784
Salam pagi Isnin. Aikk, nampak lemah jee, yang kat ofis pun sangap2 jee, releks...yea, bawak bertenang, tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2...Legaa kan, lepas tu bila rasa malas, cepat2 sebut "aku rajin", sebut dalam hati, insya allahh nanti jadi rajin. Rendang ayam kampung ni mat masak semalam, 3 ekor koo, aku masak!!, jangan tak caya sama guaa beb!..Sebenarnya semalam bonda habis berpuasa enam, dan sebab tu kena lah masak lebih untuk dibagi kepada jiran dan sedara mara. Kalau dah ada rendang, wajib ada apa...hehe cuba teka?...Jawapannya dalam N3 akan datang nanti yea.. Resipi dibawah untuk 1 ekor ayam.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna ayam kampung muda, jadi masa memasak agak singkat. Satu lagi perihal garam, cukup setakat rasa lemak2 masin, ini kerana bila rendang kering, rasanya sedang elok. Jika suka boleh letak serbuk perasa. Kacau sekali sekala yea, sebab "renih" ni guna api kecil saja...

8 comments:

qasehadam @ nurul said...

CMG,nk tanye masa reneh tu takyah kacau ke bior camtu je ye..bile dh kering sikit ke baru kacau..eheks sbb biasanye kene kacau sentiasa kan sampai masak n kering

Mat Gebu said...

salam qaseh...
Hahaha, of kos lah kena kacau, tapi sekali sekala je, sebab renih kan guna api kecil. adehh...

Aziela said...

CMG....kalau ada rendang ayam...kenalaa makan ngan puluit kuninggg...hahahahhahaha...... btol x?

~ Mummy Gee ~ said...

lapar lah CMG... lambat lagi nak tunggu berbuka ni.... hahaha

CT Delima said...

Rendang ayam kampung ni memang kesukaan my laling CM ni Mat. Kat umah ni kalau nk masak pun hanya k.ct dgn CM jer lah yg makan. ank2 sume mcm jakun sume mat.. hehe.

CikGu NOr said...

sedapnye mat..sejujurnya memang x pernah masak rendang..walaupun slalu tgk org masak...kena rajin jugak la kalau camni..

win said...

wah... tak sabar nak cuba resepi ni pulak...

Chinta Choc said...

Sedapnya resepi ni...tp termasin skit but mmg sedapnya..tq 4 sharing yer..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.