CERITA SEDIKIT PASAL TEPUNG....

Salam semua, ok sebelum mat masuk tidur, nak menjawab pertanyaa seorang pengunjung blog "tiffinbiru", di chatbox. Puan/Encik/Cik "Guest"..bertanya--> "apa beza tepung kek,tpg hongkong,tepung naik sendiri dan tepung halus?adakah ke4 jenis tu boleh saling mganti antara satu sama lain?"...Ok, mat cuba menjawab berdasar kan apa yang mat baca di buku serta internet...

TEPUNG KEK...
Tepung kek, selalunya ada terjual di pasaraya dan kedai2 baking seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Pada dasarnya tepung kek tak banyak beza dengan tepung superfine atau tepung halus. Pernah mat terbaca dalam satu artikel di majalah, dengan mengayak tepung gandum sebanyak 3 - 4 kali, akan hampir menyamai dengan mutu tepung kek.

TEPUNG HONG KONG....
Tepung Hong Kong adalah sejenis tepung sangat putih dan halus, juga dikenali sebagai tepung "Water Lily". Seringkali digunakan untuk membuat kuih pau dan juga kek lapis, harga agak tinggi sedikit. Tepung ini juga mudah rosak kalau disimpan terlalu lama. Sebagai ganti jika ingin membuat kuih pau, tepung sedia terjual dalam kotak boleh digunakan, atau pun tepung gandum, cuma hasilnya berbeza. untuk kek lapis, tepung gandum boleh digunakan.

TEPUNG NAIK SENDIRI...
Tepung naik sendiri atau Self raising flour, ialah tepung serbaguna yang telah dicampur dengan serbuk penaik (baking powder) dan sedikit soda bikarbonate mengikut sukatan tertentu. Mudah didapati di pasaraya2 serta kedai2 runcit. Anda juga boleh mencampurkan 250 gm tepung gandum dengan 1 camca makan rata serbuk penaik, gaul rata dan ayak 2-3 kali sebagai alternatif..

TEPUNG HALUS....
Tepung halus ini sama seperi tepung kek atau superfine flour, ianya putih dan halus. Kadar protein dalam tepung halus adalah rendah. Sebagai alternatif tepung gandum juga boleh digunapakai, dengan kaedah mengayak 3-4 kali. Jika suka, tepung Hong Kong juga boleh digunakan.

Post a Comment

18 Comments

  1. bagusss info ko ni Mat..aku pun kdg2 tertanya2 apa beza mereka2 ini..hehehe thankx Mat...

    ReplyDelete
  2. owh2 thanks...satu lagi tepung roti...or tepung nak buat donut ke sama ke dengan tepung halus?

    ReplyDelete
  3. salam Bitt...
    Ok, tepung roti jenis high protein atau bergluten tinggi sesuai untuk buat roti dan donut.Tepung gandum pun ok kalau nak buat donat, tak de masalah..

    ReplyDelete
  4. Thanks chef for yr info. sy pun selalu confius apa lah beza antara tepung2 tu.....

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Mat. Punyalah banyak tepung sekarang ni kan, itu baru aje tepung gandum, belum masuk tepung2 dr bahan2 yg lain.
    Macam mana lah orang yg baru nak belajar baking tak pening kepala, hehehe..
    Thanks for the info ye!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sis linn, noradzlina dan syamila atas komen2 anda..

    salam kisahwanida..
    Betul tu, saya pun konpius lah, kadang2 tu tepung sama, cuma nama je pelik2...

    salam LG...
    Betul2...tak lama kan malaysia ni tepung apa pulak keluar kita pun tatau...

    ReplyDelete
  7. thanks cik mat...lps ni boleh dak cerita pasal jenis2 cream?hehe

    ReplyDelete
  8. tepung gomak lak camner en.chef?
    "hey..kenapa muka kau mcm tepung gomak??"
    "eh..apa daa gomak..~" LOL!

    ReplyDelete
  9. salam...terima kasih utk cik mat..baru ari ni tahu nape orang ayak tepung...ingatkan sesaja..maklumlah pro

    ReplyDelete
  10. salam cik mat..

    cerita pasal tepung nih.. dua tiga hari lepas, saya ada dapat email crite pasal tepung gandum.. kebanyakan tepung gandum yang ada dipasaran di Malaysia mengandungi bahan kimia BENZOYL PEROXIDE. fungsi bahan ini ada lah sebagai peluntur warna dan menjadi tepung gandum menjadi warna putih. bahan ini adalah merbahaya dan meyebabkan pelbagai penyakit dlm 20 ke 30 tahun akan dtg.. so apa pendapat cik mat dlm hal nih? maklumlah, nowadays kesihatan amat penting...

    ReplyDelete
  11. en Mat, tepung high protin dan tepung roti tu sama ke?klu buat donat blh ke pakai tepung tersebut.pening2..tepung high proten tu blh ke buat cekodok pisang atau bawang?

    ReplyDelete
  12. salam najeeb..
    Perghh jejaka segamat - putrajaya datang dahh... ooo tepung gomak tu, macam zaman sekolah dulu, nak ambik gula2 dlm tepung, kena tiup dulu kan, jadi muka memasing tu lah tepung gomak...

    salam suri...
    Tujuan nya banyak, selain dapat mengasing kan bendasing dalam tepung, ia juga dapat meringankan tepung tadi dan kalau kita letak agen penaik, ia akan bergaul mesra..

    salam diana...
    Kes2 macam ni pada saya agak sukar, sebab kementerian kesihatan sendiri sepatutnya lebih peka, kita sebagai pengguna ni kadang2 keliru. saya sendiri tak pasti pasal kes ini..

    salam yaati...
    Yep sama, tepung gluten tinggi pun sama. Boleh saja cuma tepung roti ni kan mahal sedikit dari tepung gandum..

    ReplyDelete
  13. saya dah terbeli tepung protein tu che mat konon2 nak wat roti resipi CMG tp tak buat2 sampai ke la nie..TQ CMG..

    ReplyDelete
  14. salam...en mad...kalo tepung hong kong dgantikan dengan tepung superfine boleh ke?hmmm..perlu ke tepung superfine tu d ayak?

    ReplyDelete
  15. baru lepas bli tepung roti tadi.. nk gune 75gm jer.. tp kne bli sekilo.. cik mat, tolong suggest nk wat aper ngan lebihan tepung neh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.