AYAM KUNG PAO..

Ayam Kung Pao
Salam semua, berjumpa lagi dengan N3 ayam kung pao. Mat kan dah lama juga perhatikan resipi ayam ni, tapi tu lah belum tergerak nak buat. Hari ni tadi mat perasan ada lebihan dada ayam dalam feezer, teringat kak ina KL dia suka masak resipi ni. Resipi dia senang, rasa nya agak ringan dan tidak memuakkan, dengan ada gajus sebagai penyedap rasa, menambahkan lagi keunikkan masakan. Cili kering yang digoreng menambah aroma dalam masakan ayam ini. Ianya agak ringkas dan mat rasa sesuai dihidangkan panas bersama nasi atau bubur. Resipi yang ini kan mat guna apa2 bahan yang ada dalam peti sejuk. Ok, kita semak resipi mudah ini yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...
AYAM KUNG PAO.. AYAM KUNG PAO.. Reviewed by Mat Gebu on 10/19/2010 06:30:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. suka ayam ni. dulu2 selalu makan kat food court jusco bt raja. senang je langkah dia kan mat. apesal la chun tak pernah buat..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam cek chun...
    Resipi senang disediakan...paling utama gajus tu wajin ada..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.