BEN ASHAARI

Friday, September 3, 2010

TAT NENAS GULUNG

Tat Nenas Gulung
Salam semua..hmm, letih lahh..tak larat laa dan macam-macam lagi, bayangakan lah orang kerja kontrak tu..adehh lagi lah seksa, dengan panas dan bahang. Malam ni mat saja lah share tat nenas gulung yang mat buat 2 hari lepas. Sebenarnya kan ada pelbagai versi kulit tat, ada tu rapuh, ada tu pulak jenis cair di mulut tapi masa pegang dia berkecai...Hmmmm kadang2 kan pening juga kan. Yelah kalau dapat versi jenis pegang je hancur, tak ke ngeri kalau budak2 makan, sambil berlari2 keliling kapet import dan sofa import anda....bila dah jatuh nanti depa lenyek dengan kaki...erkk...tak relaaaa..haha, yang ni ok lah just nice, tapi kan pada pendapat mat lah, kalau nak keras sikit, boleh lebihkan sikit tepung kastard...

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara...

10 comments:

ddYanie said...

ya Allah..terliur sy....sedapnyaaaaaaa....=D

noradzlina.kamdani said...

ooo rupenye ada secret yek nk buat yg gulung2 tu (tepung kastard)...sbb ibu sy buat asyik nk berderai jek itu masa nk gulung inti...last2 dia fedup buat jek yg cam biasa hu hu hu

echah_syed said...

mat...fav combi ni.mai sebalang! :)

inti tu ko beli ke buat sendiri?combi tak suka kalau inti keras sbb tak rasa nenas dia kan.

Kak Ina said...

my fav too!!!!! cedapnya !!!!

Azura said...

Mmg sedap resepi ni..Zura dah cuba ;) Mendapat pujian ramai sebab mmg berbeza dgn resepi yg selalu zura cuba.. ;)

Thanks to mat gebu sebab paparkan resepi yg sedap ni..

Miss Yan said...

Yummy......sedaynyee...mohon izin nak share resepi ni yee..trima ksh...

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Utk resepi tart gulung ni, Che Mat rekmen gantikan dengan butter jenama apa ya..

~Leyyatasha~ said...

mat..!! mmg sedap la resepi ni. xrugi saye cube.terbaek..!!~
TERIMA KASIH sudi share..

effy wasyra said...
This comment has been removed by the author.
fatin6789 said...

Mmg mnjadi dan sedap...:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.