SUP DAGING PEDAS MASAM

Sup Daging Pedas Masam
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia...Dah malam baru dapat masukkan N3 baru. Mana yang bekerja mesti dah mula kan tugas masing2. Tapi mat gebu masih menerima kehadiran tetamu, hari ni mat menerima kunjungan dari teman blogger Shaiza dan juga geng blog antik...Puan Azura, terima kasih mat ucapkan pada mereka berdua. Hari ni mat macam tak berapa nak selera lahh makan, tiba2 teringin sesuatu yang hangat, pedas dan masam. Bila tengok stok dalam peti ais, ada baki daging segar yang belum dimasak, hm habis fikir mat ambik dan mulakan projek sup daging pedas masam, waaaa, sedap koo tekak aku bila kena, cuma tu lah daging panas ni tak elok sgt yang ada tekanan darah tinggi dan gaout. Makan sikit tu ok kot, kata orang "ambik rasa", mat sendiri ngeriss nak makan benda2 macam nihh lebey2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging,hiris nipis, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 8
2 inci halia tua, hiris halus
5 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci kunyit hidup, hiris halus
10 biji cili padi, diketuk
Garam secukup rasa
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya untuk merebus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging tadi bersama, halia, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi ketuk. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga daging empuk.
  2. Tambah garam secukup rasa dan jus limau kasturi (yang ni bergantung pada tekak masing2, nak masam tambah lebih, nak kurang masam letak sikit yea). Kacau dan masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok matikan api.
  3. Senduk sup dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili padi. Hidangkan segera selagi hangat....

Post a Comment

8 Comments

  1. isnin ni bolehkah nak beraya?
    pekena makanan atas ni pun ok

    ReplyDelete
  2. kalau aku bab2 daging ni mmg layan habis :)

    ReplyDelete
  3. sedap lauk cenggini mat...hirup sup tu panas2 adoiyaii...mau berpeluh satu badan..

    ReplyDelete
  4. Joe...
    Waaaa...serius kee..ehem ehem..

    Kyuubi_85...
    Yeaaa betul, sama lah cuma tak boleh overdose..daging panas nihh..takut darah naik.

    leen hussain...
    betul tu kak, saya hirup panas2, kena pulak pedas2 tuu..perghh...malas nak cerita..hehe

    ReplyDelete
  5. salam,
    masak sup ni hari ni...
    Simple dan sedap!
    geng dengan bendi celur dengan sambal belacan mangga dan telur dadar..
    menyandar !

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Daging qorban ada lagei dlm esbok...leh try resipi ni. Leh jilat mangkuk sup tu. Mama feveret sup..

    ReplyDelete
  7. Follow u...sudi sudikanlah follow me back...tq.

    ReplyDelete
  8. mohon share ya.. terliur dah ni. nak buat santapan berbuka.. terima kasih

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.