BEN ASHAARI

Saturday, September 25, 2010

PUCUK UBI MASAK LEMAK

Pucuk Ubi Masak Lemak
Salam semua, hehehe, sori yea, sepatutnya ni N3 semalam, tapi macam mana nak tulis N3, mata asyik melekat je bila berkelip. Lepas tu sampai menangkup depan laptop, membuta hingga jam 4.30 pagi. Sebenarnya kan pucuk ubi masak lemak ni mat masak untuk abah. Selalunya guna udang kering sebagai perencah tapi kali ni guna ikan bilis saja. Ikan bilis ni kan salah satu bahan utama dalam masakan orang malaysia. Bila kita campurkan dalam rencah2 masakan, ianya akan memberi satu rasa lemak dan sedap.. Ok jom....jom lahhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam ikan bilis, belah dua, buang kotoran dan rendam
4 biji bawang merah hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
500 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan secubit gual

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi, diasingkan dari tangkainya, celur hingga lembut sedikit, toskan, cuci dengan air sejuk dan perah. Hiris kecil2.
  2. Masukkan pucuk ubi tadi dalam periuk bersama2 bawang merah, bawang putih dan ikan bilis, tuang santan cair, masak hingga mendidih dan pucuk ubi lembut.
  3. Tambah pati santan, perasan dengan garam dan secubit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Lauk macam ni, wajib ada sambal belacan dan juga ikan masin atau ikan goreng...

2 comments:

NICK IRFAN said...

yummy2... sedap2... nnt nk try gak ni...

budak kampung said...

mat gebu.....waghhhhhh kalau nak tau,nilah makanan feveret aku sejak kecik...ditambah lagi ngan sambal belacan..ayam goreng.....waghhhh...balik kerje ni nak mntak mak aku buatkan r....