KARI HIJAU THAI

Kari Hijau Thai
Salam semua, hari ni mat akan ringkas kan apa yang patut, kalau sebut kari hijau thai atau thai green curry, mesti ramai yang tau. Baru2 ni mat ada berjalan2 ke blog "Kak Ida" yang pakar dalam memasak pelbagai jenis hidangan tempatan dan barat. Terbekenan sungguh dengan resipi kari hijau thai yang dihasilkan dari rempah buatan sendiri yang begitu unik. Hari ini mat laksanakan tugasan untuk merasa sendiri kesedapannya. Memang tidak dapat disangkal lagi, sedap dan rasa nya begitu segar, bonda mat suka. Cuma mat kekurangan daun ketumbar, dan juga selasih untuk ditabur atas kari hijau thai ini. Terima kasih jua mat ucapkan pada kak Ida atas kesudiannya berkongsi resipi menarik ini..bagi mereka2 yang gemar memasak dan inginkan kelainan boleh singgah di blog Kak Ida di sini..

BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
500 gram daging batang pinang
1 biji terung biru, didadu besar2
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
  2. UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
  3. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk. Masukkan terung dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!...

Post a Comment

7 Comments

  1. salam..

    sedap menu ni.. nanti nk try.. hehe..

    baca majalah jelita lately ni slalu kuar resepi u.. mmg u berhak utk itu.. pinggan mangkuk tu.. saya amat salute.. cantik2 belaka.. masakan pulak nmpk sungguh sedap sekali.. yummy!

    ReplyDelete
  2. kalau kak ida masak mesti sedap

    gua mau rasa...


    keh keh



    BLOG GUA : MOFASAD

    ReplyDelete
  3. Waaaaahhh..lepas makan ni mst jadi Incredible Hulk ek..makin power la ko duk kat dapur ni straight sampai Sabtu kan, kan...hehee..Mat, sedap ke tak kari ni..kalau sedap je baru nak buat..ateeee...hehehee

    ReplyDelete
  4. Salam MG, kari ni nampak sedap. Rasa macam nak cuba masak, tukar-tukar selera, sayik masak yang sama jerr, jemulah pulak.
    Cuma nak minta nasihat sket, sos ikan jenama apa ye yang tidak meragukan dalam masakan, biasa jumpa jenama Thai, tapi tak pasti halal ke tidak! Boleh share tak ngan blogger lain. TQ muah, muah, muah ....

    ReplyDelete
  5. salam ruziawati...
    Terima kasih, alah hai saya ni masak yg biasa2 saja..tak pandai mana pun..

    salam mofasad...
    Yeaa saya bersetuju dengan anda..

    salam kak ummi...
    Sedapp kak, serius..lagi2 kalau yg jenis ngidamm...

    salam inachomel...
    Saya beli sos ikan cap pisau, cop dia sama macam minyak masak cap pisau tuu...kalau tak de, guna kicap cair pun boleh..

    ReplyDelete
  6. kalau takdak daun selasih untuk buat paste dia boleh ke? nak masak utk dinner hari ni tp kat shah alam ni susah sgt nk cari daun selasih.

    ReplyDelete
  7. salam cik mat..dpt gak ziarah dapur cik mat ni..nmpk sedap je green curry tuu..patut la sedap, sbb ade daun ketumbar ek..tp mcm tak sempat je nak masak. sy da nak keje dah mggu dpn..dpt spital selayang alhamdulillah :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.