LEMAK PUTIH 3 - T

Lemak Putih 3-T
Assalammualaikum..cakk!!, hahaha, nampak macam miang pulak kan bila buat macam tu..erkk, sori ek. Hari ni cuaca cerah dan berangin di Sedenak, hmm bila malam kan, serammm u sedenak, maklumlah tempat jin bertendang, pontianak bermaharaja lela dan langsuir bersorak sakan, tapi tu semua sekitar tahun 50-an dulu, harimau, gajah, rusa, kancil semua ada di Sedenak, arwah datuk mat yang ke sini sekitar tahun 1920-an, banyak menyimpan "rahsia" Sedenak itu sendiri.....Hari ni mat sebenarnya masak singgang ikan, tapi abah suruh masak lemak 3-T..apa itu 3-T?....hehehe..Taugeh, Tauhu dan Tempe, betul kann?...alah ni masakan semua orang pandai buat, cuma mat letak ni untuk anak2 dara yang baru berjinak2 didapur atau pun mereka yang baru je menikah, dan ingin mempelbagaikan sajian. Ha, nak pesan sikit, anda ingin tips untuk menjadi blogger yang lebih mantap..cuba bacan N3 Ben Ashaari yang ini... yang ini dan yang ini....fahami dengan betul tips2 diaa...serius nihh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g taugeh, buang ekor, cuci dan toskan (mat tak buang sebab taugeh kontot)
2 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
2 keping tempe, potong sederhana besar
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
200 ml pati santan
900 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan cair, bawang besar, bawang putih, udang kering dan tempe dalam periuk, jerang atas api hingga mendidih dan tempe lembut sedikit. Masukkan tauhu tadi dan kacau perlahan.
  2. Tambah taugeh dan juga pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan juga sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman....hmmm sedap i tell u Temahh!!!....hehehe..

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedapnya En. mat .. nak sikit bole? Saya malas masak!! Hehe ..

    ReplyDelete
  2. erm...bila la nak pandai masak cam en.mat gebu ni?=p

    sila la berkunjung ke blog sy..=)
    www.hecintashe.blogspot.com...

    ReplyDelete
  3. huh..senang keje anak dara yang baru nak berjinak2 ke dapur.. nak masukkan garam pun kena sukat macam dalam buku :p
    hhehehe

    ReplyDelete
  4. pak tuo..yang ini..yang ini..yang ini tu mana linknya..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.