BEN ASHAARI

Tuesday, September 7, 2010

KEK LAPIS STRAWBERRY

Kek Lapis Strawberry
Salam semua, Hehehe, berjumpa lagi..kali ni nak share N3 kek lapis penghabisan yang mat melapis semalam. Asal resipi dari kek lapis oreo, memandangkan Orea tak dak, mat guna apa yang ada dalam stok. Ingat tak dulu mat pernah cerita ada stok halwa strawberry yang dibeli masa pergi ke tanah tinggi Cameron?... Ada lagi berbaki, jadi mat ter fikir, kenapa tidak aku lapiskan dalam kek lais ni, alahh kan kita buat dia..dann hasilnya sungguh menarik dan rasa pun sedap sehhhh!..Mat kan kalau tak raya, jangan harap nak melapis, tak kosoo den, maleh.. Jenuh woo dok depan oven tu berjam2. Kalau terleka kang habis kek hangus. Tabik pada peniaga2 kek lapis Sarawak macam Dayang kek lapis dan juga Rozan Singapore, anda memang insan2 yang hebat....syabas!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mentega (mat guna "Golden Churn)
10 biji telur gred A
150 gram gula halus @ gula kastor
100 gram biskut marie, dikisar halus
50 gram susu tepung atau creamer
100 gram susu pekat manis
180 gram tepung Hong Kong
1 camca teh strawberry paste
1/4 camca teh pewarna merah
Halwa strawberry secukupnya, hiris nipis2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang dan gula hancur, guna kelajuan tinggi. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga pekat. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung Hong Kong, biskut marie kisar, susu tepung @ creamer dan juga susu pekat manis. Gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada kaler asal dan satu lagi dicampur dengan strawberry paste dan pewarna merah, kacau rata2.
  4. Masukkan tin kek tadi ke dalam oven selama 2 minit. Kaluarkan dan sudukan 4 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak. Buat lagi satu lapisan plain, dan susuh halwa strawberry rata2, bakar hingga peerang sedikit, gunakan fungsi api" grill", keluarkan dan tekan perlahan biar padat. Jika ada gelembun udara, cucuk dengan lidi sate.
  5. Lapis kan pula dengan perisa starberry, sebanyak 2 lapisan. yang ni tak payah letak halwa. Halwa hanya diletak pada warna adunan asal saja. Buat hingga siap, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan...

6 comments:

azila said...

rajin bebeno en mat ni buat kek lapis...

hana said...

eeeeee nyampah taw ai ngan si jari yg memegang tuh! mcm skrg jugak jerk aku nak melapis.. ohh tidakkkkk... eh mat! klu kukus ok ka??

Ummi said...

Mat, so sweet laaa kalernyaa...adeii tergoda i tauuuu...tp padna ke tengok je laa..xdan pun dah nak melapis2..nak melapis kain baju jek dlm beg...balik kampung jek ada dlm otak ni ha..hahahhahaha, ko tinggal tuk akak sikit eh..eh banyak eh..

rapheydhillo said...

CMG,
ni kira rajin jugak le walau buat ek lapis time raya je.. sy dah berkurun lamanya tak buat. Baik beli je la..
BTW, tadi selak Jelita nampak resipi CMG. Wah hebatnya ye.. selalu dah kluar dlm magazines.
-dhill-

hanieliza said...

Poskan pada kakliza 1/2 kek tu pun jadi la..
apsal la kakliza malas sungguh nak buat kueh tahun ni...

Mama Iris Kitchen said...

Salam Mat Gebu,

Sy mmg peminat ur blog..bnyak jugak resipi sy cuba n alhamdulillah semua menjadi n asben pun suka...cuma nk tanya pasal kek lapis ni..utk pewarna tu Mat pakai brand apa ye?sbb warna2 utk nk buat kek lapis ni kena terang baru cantik kek tu..kalau pakai pewarna biasa tu boleh ker? letak banyak2 pewarna ni bkn payau ker...?? betul2 nak tau ni Mat..tq tau...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.