BEN ASHAARI

Thursday, August 19, 2010

TAUHU SUMBAT & SAMBAL KACANG

Tauhu Sumbat & Sambal Kacang
Salam semua, dah lama juga nak makan tauhu sumbat. Benda ni buat dia mudah sangat, tapi ada juga yang buat guna satu jenis tauhu yang berkulit dan berongga dalam nya, yang kita panggil tauhu "POK". Dimakan bersama kuah petis dan ditabur kacang tanah tumbuk dan sedikit bijan. Yang ni mat buat yang biasa je, makan dengan sambal kacang. Nak cerita sikit, semalam kan sebenarnya ibu jari kiri mat cedera terkena wap air panas, aduhh....melembung koo ibu jari seksi mat gebu., nasib baik sikit je, kalau tak, payah juga nak melaksanakan tugas. Oleh itu mat pesan pada semua berhati2 masa didapur, terutama pada anak2 dan juga anak dara yeaa..kang jari tak lawa..dah saham jatuh!!.....ok jom tengok resipi, kot2 boleh buat untuk berbuka puasa nanti..

BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam
3/4 cawan parutan sengkuang
3/4 cawan hirisan halus timun
3/4 cawan taugeh yang telah dicelur

BAHAN SAMBAL KACANG :-)
150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
2 camca besar petis @ otak udang
1/4 cawan jus asam jawa
Sedikit air (jika perlu)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
  3. Hidangkan bersama sambal kacang......Selamat berbuka puasa untuk semua....hehehe

12 comments:

KayNisa said...

ohh, tergoda saya tengok tauhu sumbat..

Aishamirafiq said...

Geramnye tgk....

suzzsuzie said...

tauhu sumbat kuah kacang baru best...sedapnya nampak, belum lg rasa

BELLA74 said...

Kesian kat Mat...harap-harap cepat sembuh jari tu...ape2 pun tauhu sumbat tu menggiurkan sungguh ;)

syahir said...

salam abe mak, kebetulan pule smalam makan tacumbat nehh...ehehehe~~~

KuNanGKuNanG said...

simple dan mesti sedap kan...ckt x ckup ni, byk2 br syok wooo...he3

mas said...

wah,...sedapnya....meleleh air liur tengok....ops...sabar2..posa ni...

hanieliza said...

baru plan nak buat esok...
dah ada sini...

Kniedaz said...

dari hari isnin teringin nak makan tauhu sumbat ni cik mat..tapi lom buat pun..biasanya org mengandung macam saya ni makan hasil tangan org lain yg sedap..ingat nak kecek adik buat hujung minggu ni..tapi suka makan ngan sambal kicap ^_^

ain said...

salam mat...siannya dia kena wap panas. dah letak ubat lumm..?? tahu sumbat ni fav akak, klu akak mkn selalunya akak cebur dlm kuah kcg tu.lazaatttt!!!!

Kak Rose said...

cian ko mat, penat2 masak jari gebu pulak kena air panas... nasib baik x yah nak sarung cincin... kalau x leh jatuh saham taw!

MQ said...

salam CMG...heheheh
nak wat la ptg nih....besh3..td kat market mmg beli tauhu pon..tetiba tgk kat fb cik mat ada benda nih..terus naik slera nk wat...heeeeeeee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.