BEN ASHAARI

Thursday, August 19, 2010

KEK KUKUS BUAH -BUAHAN KONTROVERSI...

Kek Kukus Buah- Buahan
Assalammualaikum semua, adoii, mat gebu "pancit" hari ni...demam...selsema..batuk..dan kepala blurr..nafas pulak macam naga, hangat semacam. Pagi tadi selesai lah batch pertama mat buat kek kukus buah2an...Alaaa kek yang menjadi kontroversi, sampai pihak media curi gambar dia...kelas juga blog aku, orang saji leh ambik..tul tak..apa2 pun kita tunggu "janji" dia kata nak buat permohonan maaf pada keluaran SAJI November 2010..ntah lah, macam tak caya je..tah2 auta putar alam. Kek kukus buah2an ni memang wajib mat buat setiap tahun, sejak umur awal 20-an mat dah buat kek kukus ni, resipi yang sama.

Nampak banyakkan, sebenarnya mat buat 4 ketul sekali jalan, guna mixer besar. Satu yang mat pastikan, mentega untuk buat kek kukus tak pernah mat tukar pada jenama lain, guna "Golden Churn" sejak dari dulu lagi. Lagi satu pada mat yang penting sekali, parutan biji buah pala..Ini akan menambah keharuman dan kelazatan kek tersebu. Satu lagi, mat buat awal dan biar betul2 sejuk, kemudian bungkus, lepas 3 - 4 hari nanti kek akan menjadi lebih lembap kerana minyak mentega telah bergaul mesra dengan buah2an dalam kek tersebut.. Walaupun dah beberapa kali mat letak resipi, tapi mat letak lagi untuk memudahkan anda semua...

Rupa biji buah pala, kalau nak guna, pecah kan tempurung dia dan ambil biji nya (gambar kanan) dan parut halus....abaikan jari mat gebu tu yeaaa..hehehe..awas jgn tergoda..ahaks!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

35 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cik mat...

patutlah saji tergoda

mengancam ko....gebu gitu..penuh buah-buahannya,....

TQ SHARING resepi..nak buat..nak buat......

Kak Ani said...

salam mat...

berapa lama kek ni boleh tahan ?

akak dah cuba sekali tp ada silap teknik - maka kek tu kurang menjadi, tp still blh mak & masih sedap amat..tu sebab diam2 jer...

nur said...

mat ..saya suka kek buahan2 ni dulu penah buat ,resepi org lain tak jadi kali ni sy nak cuba resepi mat lak.. minta2 menjadi la...

kisahwanida said...

mak saya suka ken buahan ni... so kena try la.... tp kena kukus 4 jam.... ouchh....!

JUMEE ZAILA AHMAD said...

salam.. saya ni baru je jd follower mat gebu... best sgt ..tgk gambar pun dh tak blh tahan... gambar cantik2 dan tertarik.. teringin nak ikut cara mat present hasil masakan...

JUMEE ZAILA AHMAD said...

salam.. saya ni baru je jd follower mat gebu... best sgt ..tgk gambar pun dh tak blh tahan... gambar cantik2 dan tertarik.. teringin nak ikut cara mat present hasil masakan...

joegrimjow said...

yg ni komplikated skit ni

dengar kata nak kawen
xnak jemput ke?

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..harap cepat sembuh yer..makan ubat jgn lupa..kek kukus buah2an ni adalah antara kek wajib famili saya..yg megukus semestinya bondaku..teknik n bahan2nya hampir sama ngn resepi bondaku cuma x letak badam je..apa pun kek ni memang sedap..

Ummi said...

Maaatttt, waaah dah masak dah kek ko eh..sedap makan suam2 tu...Akak punya ko nk kukus bila? Lepas raya ke...hehee..Okaayy akak dtg Sedenak nnt, ko simpan smpai akak datang tauuu..Kalau xda, siap ko! Heheheee..

inahar ali said...

salam mat..akak nk tanya..kalu guna serbuk pala readymade jer..ada beza x dari segi rasa kek tuh?? lagi satu ada gak resipi yg campur pala dan serbuk rempah kek..agaknye..mana yg lg sedap ek?? pepun akak harap kes mat ngan saji ni akan berakhir dgn baik ye..insyaallah!!

K.Nor said...

salam che mat, nampak bertambah gebus jer jari2 tu :) hehehe

hanieliza said...

tang jari yang gebus tu tak tahan akak tenguk ooo..
teringin nak mencuba tapi ada sikit MALAS bila bab banyak banahan ni...

fitty's pinky rose cottage said...

salam Cik matt... sedap kek ni.. teringat masa kecik2 selalu tolong mak buat kek ni kat dapur.. yg besh masa bancuh tepung pastu curah kan gula hangus.. kek ni mmg kegemaran keluarga.. kalau buat mmg tak bleh skit2.. mesti bnyk.. coz kek ni tahan lama.. buat minum petang pun sedap.. cantek je nampak kat meja kopi.. hehehehe

Eliza said...

Secara peribadi, bagi saya resepi2 dlm blog cik mat ni lagi sedap dan menjadi esp. cakes, compare kat majalah2 di pasaran. Mrk hanya fikir ttg profit je dan ketepikan etika kerja. Adakalanya bahan2 dlm resepi mcm tak betul.

Resepi kek lagi tak boleh pakai. Byk kali saya terkena sblm mengenali blog cik mat.

Keikhlasan awak menyebarkan ilmu utk dimanfaatkan org lain jauh lebih mulia dari mrk yg hanya mementingkan keuntungan semata...

Saya doakan cik mat sentiasa sukses dlm segala bidang yg diminati...

ain said...

salam mat..Insyaallah akak nak cuba resipi mat yg kontroversi ni.hehe

Aishamirafiq said...

Mat... kalau tak letak buah pala tu ok tak? pls advise... terima kasih

dairi hatiku said...

Salam MAT

Dari anak dara sampai mak dara..kak ct buat kek kukus ni..asyik tak jadi jer... minta izin nak ambik resepi..nak cuba buat...Terima kasih kerana buat blog ni...Bole jugak suri2 yang kurang arif dalam hal masak memasak nie mencuba untuk hidangan sekeluarga...

hanishaimigaleryantik said...

cik mat betul ke org kata golden churn dlm tin tu lebih sedap drp golden churn yg dlm paket (250gm) tu. so far tak pernah lg try yg dlm paket tu..

sb mula2 tu teringin nk beli sb murah tapi bila tengok gram cuma 250 aje dn yg dlm tin tu 340 gm..so bila dh culculate..lebih kurang jer harganyaa..tu yg maintain beli dlm tin je tuu..

MN Bakeries said...

en mat...saya ambik yer resepi ni...terasa nak buat...best jer tgk penuh kontroversi gitu minta yea....
tQ :)

where.i.am said...

Nak tanya: Boleh kah resepi nih di adaptasikan dan masuk dlm oven guna style "water bath" (bain marie) mcm buat cheesecake? Saya tanya nih pun sbb steamer saya kecik sgt - tak muat cake pan masuk ....

F said...

salam cik mat,buah pala sebiji2 tu ada jual kat mana?

SambalTumis said...

en mat, minta kebenaran nak ambil dan cuba resepi ni ye .... tima kasih :)

Cyah Radi said...

Salam En Mat. Saya mmg suka mixed fruit cake dari anak dara lagi. Tak pernah miss buat every raya. Dah cuba recepi u mmg sodap. Kalau kukus, brpa lama tahan eh? Tak perlu simpan dlm fridge ke?

Sri Anda said...

Salam CMG. Apa sebenarnya kegunaan cream of tartar didlm adunan kek kukus buah ni?

tokai said...

Che Mat,

Golden Chern mana leh guna dah. JAKIM dah sahkan ada kandungan menatang hidung kemek tu...

Abih tu nak ganti ngan apa. Leh Che Mat bantu sat...

Dessert Paradise said...

Che Mat, brown sugar tu, guna 'soft brown sugar'? (sama ke??) Thanks Che Mat saya dah pernah try buat kek resepi Che Mat ni...first attempt sucess...(saya guna gula pasir) kukus setingkat... second time saya guna soft brown sugar, kukus 2 tingkat... tak berapa nak success... Anyway thanks for the receipe.

Cikgu E-jan said...

salam che mat...mentega golden churn da x bole guna,so klu I gantikan dgn s.c.s bole tak che mat...?

Lysha said...

best thing about you CMG..all your cakes recipes were awesome...thank you and yup definately a HUYA to me...amen.

Rabiatul Adawiyah said...

Abg MAT,

menjadi la kek saya. tq!

www.rabiatuladawiyah.com

Norimahsofea said...

nak cuba maybe esok sbb wesak day. . .tapi boleh tak klu saya pki buah campur jer. .

Deesha said...

Rasanya Opah nak buat kek buah2an ni. Semalam Opah dah buat biskut Suji Royal Brunei yang Mat postkan pada tahun 2010.....dah lama...tapi cucu2 Opah masih lagi menyukainya. Kali ni kek buah2an ni pasti mereka suka....Terima kasih Mat.

bani dahalan said...

salam che mat...saya dah cuba resepi ni...sgt2 sedap...kena peram sehari lg makin sedap...family sy sgt suka resepi ni..thx che mat

siti sauzira wani supi said...

As salam cik mat. Sy br beberapa minggu follow blog cik mat ni. Nampak lak resipi kek buah yg sememangnya menjadi kegemaran sy. Sy dah cuba resipi ni. Mmg jd keknya n sdp sgt. Sampaikan ada yg order kek ni dr sy. Tq byk2 cik mat coz dah kongsikan resipi yg sdp ni. Minta halal resipinya ye cik mat...

Intan Fuziah said...

Salam Ce Mat,,
Resepi ni boleh di BAKAR tak?? kt rumah sy x dok pengukus. oven je ade..

Mamairfan said...

Assalamu'alaikum CMG..

Tk sbb berkongsi respi..Kek kukus buah ni my favorite one...cuma boleh tau...Saya tengok warna kek dalam pengukus macam kuning...compared yg dalam container tu. CM letak orange sunquick ke... sorry nk tau. tk