Cinnamon Roll
Salam semua, N3 kedua dalam bulan Ogos ni, bulan kemerdekaan. Petang tadi masa mat masukkan N3 "Farmville", sempat juga lah melaksanakan satu tugasan membuat cinnamon roll, nampak biasa2 je kan, tapi hakikatnya mat derhakakan sedikit bahan2 dalamnya. Kalau resipi asal menggunakan tepung roti + tepung halus, kali ni mat guna tepung roti + tepung whole meal, iaitu tepung yang ada sekam, kira hi - fiber nye versi. Tapi kan cinnamon roll ni pada mat rasa dia sedap dan tidak memuakkan, cuma bukan pilihan bagi yang tak suka kayu manis. Mungkin boleh juga diubahsuai dengan menabur kelapa kering sebagai ganti serbuk kayu manis. Buat pun untuk sendiri makan , jadi pandai2 lah ikut citarasa masing2...

Cinnamon Roll
Satu adunan ni dapat dalam 10 biji cinnamon roll, dan mat guna papercup besar saiz 4 inci. Kalau nak buat comel2 pun ok juga, boleh jadi 20 biji, cuma anda perlulah bahagikan doh kepada 2 bahagian. Kalau nak tengok model cinnamon roll comel lotte, pi blog Hana kat sini..., mat punya ni saiz king....(jangan nak memandai sambung lepas "king"..tu!). Sesiapa yang ingin dan kerap meroti, mat cadangkan rembat lah satu Breadmaker....memang menyenangkan kerja anda terutama suri2 rumah..Bukan nak kata, orang kalau tak biasa buat kerja2 rumah, mereka mesti ingat surirumah ni tanggungjawab dia tak de lah berat mana...anda silappp yea....mat dah banyak tahun melalui pekara2 macam tu dan aku mula mengerti pengorbanan seorang wanita...tuu dia, terus ala2 emosi ni....hahaha....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung whole meal
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan

BAHAN TABUR :-)
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis,


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..