BEN ASHAARI

Sunday, August 29, 2010

BISKUT BINTANG KEJORA

Biskut Bintang Kejora
Assalammualaikumm...buat apa tu, pingsan kae.. Ok kali ni nak share satu lagi biskut, tapi bukan ulang tayang punya. Yang ni baru mat nak test tahun ni. Tatau nak bagi nama apa tah, aku belasah jeee..hehe, ok lah kan janji bernama. Kadang2kan untuk mencipta atau menderhaka kan sesuatu resipi tu untuk dioter kepada resipi baru, agak berisko juga, bayangkan kalau jadi tak sedap..modal da besar, ni pulak2 zaman sekarang, barang semua dah mahal. Tapi yang ini insya allah, sedap yeaa. Lagi satu nak pesan, kalau nampak mat letak nama biskut tu ala2 tak bes, konon2 macam nama dulu2 laa, macam nama masa zaman nenek u all anak dara lah. Jadi apa ada susah, terap bentuk lain, bagi perhias ikut suka, ko letak leer nama lain..TAPI at least kredit lah pada pak tua mu ini, penat aku tergedek2 kat dapur, ke hulu ke hilir, menerai dan menyesuaikan adunan bagi jadi elok...Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
  2. Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua..

6 comments:

ain said...

salam mat...wahhh..biskut ciptaan sendiri la ni. Tahniah!! bila tengok resipi,dah tau dah, mesti sedap punya. nama biskut pun sedap!! klasik gitu!!!

emunnn said...

waaaa bestnya bintang2 kejora.. cik mat mmg hebat lah create resepi sndiri..

cru314ngel said...

adoi...berkeroncong laks perut neh..sedapnyeee..eheheheh my angels nampak je picture neh terus suh i wat...:p

kak Erna said...

mat tq..kalau akak tak letak coffemate masa nak buat nanti..boleh tak..coffemate tak de la..
berminat sungguh sebab ada honeystar tu..

Mat Gebu said...

kak erna...
Ok saja kak, kalau tak nak letak, kalau ada susu tepung pun boleh juga guna sebagai ganti..

Syaz said...

Alhamdulillah. Dah lama saya cari resipi yang menggunakan honey star ni. Insyaallah nak try nanti.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.