BEN ASHAARI

Saturday, July 24, 2010

LEMAK NENAS IKAN MASIN

Lemak Nenas Ikan Masin
Assalammualaikum semua, salam Sabtu. Hari ni kan mat dok seko2 kat rumah, mereka semua ke Kemaman menziarah abg mat yang dok diam di sana, maklumlah rindu pada cucu2. Moga anak2 buah kesayangan ku, Hafiz, Aisya dan Aiman (tak kesahh) sehat sentiasa. Kebetulan tadi sepupu mat datang bersama bonda sedara. Turut singgah cucu sedara mat..Waaa aku sekarang "datuk" laaa..hahaha.. Jadi masa mat tau mereka akan datang, terus lah pi dapur, siap2 semua apa yang patut, jadi kebiasaan, kedatangan sedara mara mau pun tetamu mesti kita layan sebaik mungkin dan ikhlas. Untuk makan tengah hari tadi mat jamu, lemak nenas ikan masin, ayam sambal selasih, sambal belacan, ulam timun dan juga bilis tamban goreng rangup. Tapi kan cuma lemak nenas je yang mat sempat ambik gambar...Ok jom share resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas kulit, dan hiris sederhana tebal
5 ketul tulang ikan masin kurau, direndam
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 bij bawang merah*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tulang ikan masin (toskan dahulu), bahan kisar dan serai titik, didih kan. Masukkan nenas, gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
  2. Tuang santan pekat, tambah asam gelugor, sedikit garam dan gula, kacau dan masak hingga nenas lembut sedikit. Masukkan daun kunyit.
  3. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man...

7 comments:

aZLiNa aZiZ said...

Sedapnya Mat. Saya teringin sangat nak buat masak lemak nenas ikan ni. Dah lama cari resepi yang macam mak buat kat kampung. Ikan kurau tu boleh ganti dengan ikan terubuk tak? Sebab kat sini (Sabah), banyak ikan terubuk. Rasanya, boleh cuba2 buat nanti, Insya-ALLAH.

Sueozana said...

Salam Mat..
Uish..sodap nyo juadah ni..
Mat,kalo dok rumah sorang2.."Jangan Pandang Belakang" yer, hehe..

Mat Gebu said...

salam azlina...
Kalau ikan terubuk pun ok kot, tapi kan saya lebih suka guna tulang ikan kurau, sebab rasa dia lain sikit...

salam sueozana...
Hahaha, nasib baik naca komen u pagi...mmg pandang depan jee semalam.

Kamsiah said...

salam mat...
saya biasa buat gulai nenas campur tulang/isi ikan talang...ikan kurau tak pernah cuba lagi...
mat biasa buat versi utara?

Mat Gebu said...

salam kamsiah...
Tak pernah lagi kot, tapi saya ada kenalan org utara, nak korek rahsia dari mak dia nanti, puan/cik ada ke resipi style utara tu , boleh share..

Hanisumayyah said...

Tiap sabtu ahad memang singgah sini berejam2 dok belek resepi..mmg meleleh air liur lah...

Mat Gebu said...

salam hanisumayyah...
Waaaa..terharunya saya..terima kasih banyak2 yeaa puan/cik...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.