BEN ASHAARI

Tuesday, July 6, 2010

LEMAK LABU DENGAN DAUN TURI..

Lemak Labu Dengan Daun Turi
Assalammualaikum, hari ni mat rasa lega sungguh, sat tadi call majalah SAJI dan kes boleh dianggap selesai, TAPI selagi bukti tak kelihatan, mat tak boleh kata selesai 100%. Pihak Saji akan membuat "Ralat" atau pembetulan pada keluaran saji Hari Raya nanti..moga2 benar lah bagai dikata. Kita tunggu dan lihat. OK, hari ni mat cuma masak lauk kampung saja, tu pun atas permintaan. Bercerita pasal daun turi atau ada setengah negeri panggil daun geti, mempunya nilai2 perubatan, antara yang mat tau menurunkan tekanan darah, dari daun, buah dan bunga dia semua ada khasiat. Kali ni mat letak labu. Rasa labu yang manis dan daun turi yang pahit2 lemak saungguh lah sedap, lepas tu sambal belacan jangan lupa, ikan masin wajib ada, tak pun ikan goreng..nak sedap lagi ulam dengan petai atau jering...peghhhh!!!...pengsannnnnn!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu saiz sederhana
1 cekak daun turi@daun geti yang muda
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
5 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dikupas bersih, potong dadu besar2, cuci dan toskan. Daun turi @ geti, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang kering tumbuk, bawang besar hiris, bawang putih, labu dan santan cair, kacau dan jerang hingga mendidih. Perlahankan api dan masak hingga labu sedikit lembut.
  3. Masukkan daun turi kacau rata dan masak sekejap, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga daun turi masak dan labu lembut tapi tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan...boleh pingsannn koooo!!!

17 comments:

~ Mummy Gee ~ said...

Che Mat, labu masak lemak cili api ngan pucuk ubi pun power gak... tambah lak klau ada ikan masin.... CTNorhaliza lalu kat belakang pun tak nampak!!!

PearlnScarf said...

sedapnya CMG ... yummy ... mmg boleh pingsan tgk menu...

Raqyn Utara Cakes said...

salam cik mat..sy nak minta izin copy resepi dan nak ucap terima kasih sbb publish resepi death by choc kek tu.. saya dah try..mmg sedap.. :D

izahdaut said...

hahhaaa..cik mat? dah pengsan ke? alhmdulilah...hope next keluaran ada lah ralat tu..karang cakap tak serupa bikin plak kan..enjoy ur meal..best tuh masak kampung mcm nih..

jalilah_jy said...

salam cmg

semoga pekara ini menjadi pengajaran buat yg terlibat dlm melaksanakan tugas dgn penuh amanah dan jujur.

sedapnyee pucuk getii..arwah nenek rajin masak. satu lagi buah /sayur bonglai ker mungaiii....yg pjg tuu dimasak dgn udang -masak lemak kuning...cmg kenal ker ? daunnye ada org masak bening..sedap juga..

Kniedaz said...

sedap tu daun turi masak lemak ngan labu..memang mengancam..huhu

Sizuka said...

salam cikmat,

daun turi tu sama ke dgn pucuk manis?

JaSSNaNi said...

pengsan gak tengok ni...

perrrghhh.. mmg feveret ni.. labu.. lagi2 kena ngan ikan kering ke.. tak pun gelama masam.. aduhhhh....

pengsannnnnn balik.........

zaitgha said...

Mat,

For me toman this dish would be tolo masin, kombung gogheng berlado....perfect combi tuh....

Azita Zain said...

salam CMG,
kalau SAJI x tunaikan janji, saman je RM5 juta, lepas tu boleh bukan kedai segala kek, masakan kampung, barat, dan macam2 lagi...hehehe

sedapnya lemak turi campur ngan labu tu...

ain said...

salam mat...moga2 saji buat lah apa yg dia cakap. mat pun kena pantau nanti. manalah tau saji buat2 lupa.hehe

anak akak yg tua suka labu msk lemak. tp x reti pulak mkn daun turi. akak pun lama dh tak jumpa daun turi.huhu

ain (sweet thots) said...

fav ku cik mat, ada sambal belacan & ikan goreng; bertambah2 ler jwbnya ;)

MamaFaMi said...

Salaam Mat... lama dah ma tak makan sayur turi ni. Selalu mak masak lemak turi letak keledek. Sedap ko... manisss.... nostalgia!

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..tahiah kes SAJI dah hampir selesai yea..ct doakan segalanya berakhir dengan baik..lemak turi masakan kampung yg selalu nenek ct buat..memang sedap..

Suejoshua said...

Peberet aku tu Mat, lemak labu daun turi, pekena plak ngan sambal belacan dan ikan masin, makkk aihh Mat! syorgaaaa....

Mat Gebu said...

salam mummy gee...
Waaaa..ni boleh try nihh...terima kasih idea anda tu yea..

salam pearl...
jangan lah pingsan, nanti tak boleh makan..

salam raqyn...
Sama2 dan juga terima kasih pada pemnberi resipi asal..

salam izah...
Hahaha. tak pingsan lagi..tu lah kes saji tu kuta tunggu dan lihat nanti.

salam jalilah...
Mudah2an mcm tu lah hendaknya..hmm pokok apa tu yea, tak pasti lah..kalau bonglai tu utk buat ubat ada lah saya dgr.

salam kniedaz...
Yeaa betul mmg mengancam sungguh..

salam sizuka...
Tak sama, puuck manis pokok dia rendah2..daun turi pokok dia besar, lagi satu pucuk manis rasanya lemak2 manis, but daun turi lemak2 pahit..

salam jassnani...
Hahaha, tu lah kalau lauk2 mcm ni, wajib kan ada sambal belacan dan ikan masin, tak kira lah, kering ke jeruk ke, semua boleh..

salam datin zai...
Yess yg tu pun memang ngamm..i likeee..

salam azita...
Hahaha, tapi kan serius kalau SAJI curi pic masak2 saya dalam 4 - 5 keping, memang saman 1 juta punya...

salam ain...
Betul tu kak, saya akan pastikan dan jika depa mungkir janji, tu masa saya pulak untuk bertindak.

salam ain sweet thots...
Betul2, feberet ramai org kan lauk macam ni, tapi ikan masin, sambal belacan wajib ada.

salam mamfami...
Alaahhh kesiannya, nanti saya masakan utk mama yeaa..

salam ct indrawati...
Terima kasih doa anda tu yeaa, saya pun harap sangat isu ni selesai..

salam sue...
Kita kat mesia ni nak apa je semua ada kan, mcm pokok2 ni kalau kat kampung tanam belakang rumah jee..tapi koo kat sana pun hebatt..

Puteri Satu said...

masak lemak labu.. try letak lada hitam sikit... ini resipi orang tua2 dulu... memang best...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.