BEN ASHAARI

Tuesday, July 27, 2010

LEMAK CILI PADI TERUNG TELUNJUK..

Lemal Cili Padi Terung Telunjuk
Salam semua, waaa pagi2 lagi dah ada N3..hahaha, pitam ke, atau ada yang nak pingsan. Exceli ni masak semalam, tapi saja letak hari ni..eh hari ni Selasa kan...Laa lupa nak ucap salam hari Selasa. Kali ni nak share satu masakan kampung, tapi kalau u all dok pekan/bandar kira masakan bandar lah yea. Terung telunjuk (contoh disini...) ni sebenarnya ada 3 - 4 pokok di rumah mat. Sampai tatau nak buat apa tah. Jadi mat pun cuba lah masak lemak cili padi, kali ni letak isi kupang dan juga cendawan telinga kera atau black fungus. Sedap koo, pedas2 manja tapi tak delah sampai terbakar bibir seksi koo orang....Ok lah jom kita tengok resipi, kot2 boleh masak nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji terung telunjuk, kerat pangkalnya, belah 2 tapi jgn putus dan rendam
10 keping cendawan "black fungus", cuci dan rendam
1 cawan isi kupang, dibersihkan
2 batang serai, dititik
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
15 - 20 biji cili padi merah, jenis thai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 tumbuk halus, serai titik dan santan cair ke dalan periuk. Kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan kupang dan cendawan black fungus (toskan dahulu). Masak sekejap.
  2. Tambah terung telunjuk (toskan dahulu), asam gelugor dan tuang santan pekat. Masukkan garam secukup rasa dan sediki gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Bila terung lembut sedikit, matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

6 comments:

Ju@Lucky^Mummy said...

selalu sy buat letak ikan.
abg mat buat letak kupang..

sedap nampak nye.. dah le puasa nih..
hihihi

mokjadeandell said...

Nanti makcik pi Alor Setar nak beli mentarang tepi jalan.Boleh dimasak macam ni,boleh dimakan dgn sambal macang.Tentu menyelerakan!

hana said...

aku nak tenung kupang tuh sampai tembus dari skrin aku!

Aliza Othman said...

wah sedapnyer, nape sy tak de ide nak masak resepi @ bhn2 mcm ni ye..ermm

azian said...

cik mat,
kata resipi kampung, cendawan black fungus tu leh dapat kat kampung ke?heheheheh

jalilah_jy said...

ting tong minta sepiring buat buka posaaa hehe..terliuqqqq akak tgok..