BEN ASHAARI

Wednesday, July 28, 2010

KEPINGAN BADAM BERKRIM.

Kepingan Badam Berkrim
Assalammualaikum semua, salam sejahtera. Hari ni Rabu kan...hmm sekejap jee dah Rabu. Teringat mat pada teman blogger "Sis_Linn" dari Bukit Indah Johor Baharu, kalau hari Rabu adalah hari istimewa baginya, sebab hari tu ada pasar malam betul2 depan rumah beliau dan semestinya menu yang dicari2, tak lain tak bukan "tongkeng ayam"..hahahaha, tak kesah lah Linn, asal koo bahagia yea. Hari ni mat saya2 lah buat satu kuih ni, ala2 kek pun ada. Asalnya kalau tak silap dari Australia, tanah kangaroo. Rasa dia lemak, manis (tapi bukan manis bunuh diri punya), lepas tu harum dengan bau badam dan karemal atas nya...hmmm sekali2 makan ok lah, sebab guna whipping krim lagi koo dalam dia, mana lah lemak sakan...serammm ke u all dengar..hehe..

Kepingan Badam Berkrim
Base dia macam kek sponge, atau ala2 kuih baulu. Lepas dah dimasak, kita lapis kan atas dia dengan badam yang dimasak dalam karemal mentega. Bakar lagi, masa bakar ni kan nampak macam mendidih tau topping dia, tapi jangan risau tu normal jee..bila dah sejuk nanti dia jadi ok dah, lawaa jeer... rasa2 mat kalau nak ganti gula halus dengan gula peerang pun ok juga, jadi kemanisan tu boleh dikurangkan sikit....

BAHAN "A" :-)
100 gram gula halus atau gula kastor
2 biji telur gred "A"
1 camca teh esen vanilla
165 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
125 gram whipping cream (jenama "Anchor")

BAHAN "B" :-)
90 gram mentega
50 gram gula halus
75 gram whipping cream
1 camca besar tepung gandum
100 gram badan keping, sangai hingga kuning keemasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lense tin loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci dengan mentega, alas kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan "A" kecuali tepung naik sendiri, kacau rata hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan licin. Tuang dalam loyang tadi dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
  3. Sementara itu, satukan semua bahan "B" dalam periuk, didihkan dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga larut dan pekat. Masukkan kepingan badam gaul rata dan tuang atas adunan kek tadi. Ratakan.
  4. Bakar lagi 20 minit pada suhu 175C. Bahagian atas akan kelihatan berbuih2, ini adalah normal. Keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya dalam loyang. Sisip tepi2nya dan keluarkan. Potong pada bentuk kepingan dan boleh dihidangkan..

4 comments:

MamaFaMi said...

Mat, lawa teko!
Kuih tak mau sebab manis manis mama koreng... tapi kalau Mat bagi, telan jugalah! Hahaha....

Ummi said...

Waaaaahhhh...tu diaaa...yang terpilih...hahahahaa, cantik Mat! Bkn kek nya jek...semua2 yg nampak di mata akak kelihatan cantik..haiyoooo!

NYKOLETT said...

kak rose suka alas meja putih tuh..ade nampak benang sulam sikit..dainty and nampak manis sepinggan kuih diatasnye..

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Yang ni exceli projek utk sesuatu ma..and teko tu "rare"...heheh nak yeaaa.hehehe..

salam kak ummi...
Kak, yg ni utk blog je, utk yg tu dah send tadi guna angel lain kak, dan susun lain juga..terima kasih yea komen membina petang tadi..

salam kak rose...
Lama dah saya beli alas meja tu...tapi guna boleh kira belakang kali sangat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.